AsmaraFamili

4 Penyebab Nafsu Seks Wanita Menurun

Nafsu Seks - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: cdn.parenting

Nafsu Seks. Naik-turun ghairah atau nafsu seks, khususnya pada wanita, lebih banyak dipengaruhi oleh perasaan hati(mood) berbanding soal rangsangan fizikal.

Jadi, tidak hairan keghairahan nafsu seks wanita boleh naik-turun seperti ‘roller coaster’! Ada masanya cukup membara, tapi di lain waktu boleh buat macam tak kisah, sama sekali tak ‘berselera’!

Berikut adalah antara penyebab nafsu seks wanita menurun:

  1. Hilang/Berkurangnya Ghairah Seks

Faktor hormon menjadi salah satu penyebab perubahan ini.Wanita mempunyai berbagai hormone yang mempengaruhi keghairahan nafsu seksnya. Wanita memiliki hormone testosterone meskipun tidak sebanyak lelaki. Jika wanita stress, hormone tersebut akan berkurungan dan menyebabkan keghairahan nafsu seksnya turut menurun.

 

  1. Gangguan Rasangan Seksual

Biasanya ia disebabkan oleh faktor cemas atau kurangnya stimulasi rangsangan. Sukar terangsang dalam hubungan seksual sering menjadi salahs atu penyebab vagina kering sehingga anda sukar untuk menghayati kenikmati tersebut.

 

  1. Gangguan Kepuasan

Tikda menikmati kemuncak kepuasan seksual meskipun sudah diberikan rangsangan yang cukup mantap. 10 peratus wanita mengalami gangguan kepuasan (‘anorgasmia’), yang mana ia terbahagi kepada dua iaitu: ‘anorgasmia’ primer (tidak pernah menikmati kepuasan sama sekali) dan ‘anorgasmia’ sekunder (pernah sebelumnya, namun tiba-tiba tidak mencapainya disebabkan sesuatu perkara). Ia mungkin disebabkan oleh perasaan cemas, takut, trauma, penyakit kronik, penggunaan ubat-ubatan dan kurangnya rangsangan seksual.

 

  1. Sakit Ketika Melakukan Hubungan Seks

Rasa sakit ketika melakukan hubungan seks boleh disebabkan oleh infeksi pada vagina, ‘endometriosis’, kanser obari, infeksi menular seksual dan kurangnya pelincir (vagina kering). Keadaan vagina kering sering dialami oleh wanita yang suah menopause, di mana kadar estrogennya sudah menurun.

Di samping itu, respons seksual turut merangkumi secara psikologi, emosi, pengalaman, kepercayaan, gaya hidup dan perhubungan.Jika terdapat gangguan pada salah satu perkara tersebut,ia boleh mempengaruhi keghairahan nafsu seks, rangsangan ataupu kepuasan.

 

Tips Ekstra!

Jika anda tahu keghairahan nafsu seks anda sudah mula menurun, jangan dibiarkan. Sebaliknya, anda perlu berusaha untuk menyembuhkannya agar hidup kembali ceria dan mood ‘cinta’ anda kembali menggebu-gebu!

Relaks: Merupakan perkara penting yang harus anda lakukan. Legakan semua saraf yang tegang dengan teknik pernafasan.

 

Baca Juga: Senaman Kardio

 

Senaman: Bersenam mampu mengusir depresi dan stress serta menyegarkan tubuh. Secara automatik dengan fikiran segar, keghairahan nafsu seks pun turut meningkat.

Gunakan Fantasi: Bangunkan mood anda dengan berfantasi, membayangkan hal-hal terindah yang mampu merangsang gairah seks anda.

 

<< Ketahui tips menikmati seks selepas bersalin tanpa rasa takut di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Agar-Agar Roti Tawar Paling Enak

Next post

Kesan Denggi Makin Mengancam Nyawa!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *