FamiliPermata Hati

Menu Makanan Untuk Anak Jadi Lebih Cergas Dan Bijak

menu makanan untuk anak - women online magazine

Kredit Foto: bayibubu

Menu Makanan Untuk Anak.Siapa yang tak nak punya anak-anak yang cergas dan bijak?

Sudah pasti semua ibubapa inginkannya. Tapi, bukan semua ibubapa berjaya untuk memilikinya. Malahan, ada ramai ibubapa yang bingung memikirkan cara terbaik untuk meningkatkan kecerdasan anak-anaknya.

Pertumbuhan serta perkembangan otak anak yang berkualiti sebenarnya banyak dipengaruhi oleh perlakuan fizikal daripada  kedua orang tuanya.

Selain itu, faktor makanan juga banyak mempengaruhi peningkatan kecerdasan otak anak. Berikut adalah menu makanan untuk anak yang bermanfaat untuk kecerdasan otak anak anda.

 

1. Daging Tanpa Lemak

Daging lembu bebas lemak adalah sumber zat besi yang dapat membantu membuatkan anak anda tetap berenergi dan menjadi lebih fokus ketika di sekolah. Daging lembu tanpa lemak merupakan sumber terbaik zat besi kerana ia mudah diserap oleh tubuh. Selain itu, menu makanan untuk anak anda ini juga mengandung zink yang membantu memelihara daya ingatan.

 

Baca Juga: Tanda Tubuh Anda Kekurangan Zat Besi

 

2. Telur

Telur sebagai sumber protein. Kuning telur yang berada di dalamnya mengandung kolin yang cukup baik untuk membantu perkembangan otak. Lakukan secara rutin menu makanan untuk anak ada ini, sama ada sarapan pagi atau makan malam yang sihat.

 

Baca Juga: Muka Lebih Licin Dengan Masker Telur

 

3. Kacang

Kacang adalah makanan yang kaya akan vitamin E dan juga antioksidan yang dapat melindungi segala sel – sel otak terhadap radikal bebas terutama kacang macadamia dan almond. Bagi mendapatkan hasil terbaik, pilihlah menu makanan untuk anda anda yang terdiri daripada kacang yang rendah gula dan natrium.

 

4. Ikan

Ikan mengandung asid lemak yang bermanfaat, terutama ikan salmon. Ia merupakan sumber terbaik asid lemak omega 3 penting bagi fungsi dan pertumbuhan otak anak.

 

Baca Juga: Kebaikan Ikan Salmon 

 

5. Sayur-Sayuran Berwarna

Sayuran bewarna seperti tomato, bayam, lobak merah ataupun labu adalah makanan yang kaya antioksidan. Menu makanan untuk anak anda ini dikatakan dapat membantu mempertahankan kekuatan dan kesihatan sel-sel. Semakin segar dan cerah warna sayuran, semakin tinggi kandungan antioksidannya.

 

6. Oat/Oatmeal

Makanan yang terkandung dalam bijirin ini cukup digemari anak-anak. Menu makanan untuk anak anda ini mengandung karbohidrat yang secara bertahap akan diserap oleh otak anak selama proses belajar di sekolah. Oat juga merupakan sumber yang baik untuk vitamin E, B, potasium dan zink yang membantu tubuh dan otak untuk bekerja secara optimum.

 

7. Kacang hijau

Nutrisi dalam kacang hijau untuk daya ingatan anak-anak sangat lengkap. Selain tinggi kadar protein dan karbohidrat kompleks, kacang hijau juga memiliki kandungan vitamin C, asid folat, zat besi, zink, potassium, magnesium, tembaga, fosfor dan thiamin yang semuanya penting bagi pertumbuhan dan perkembangan otak.

 

8. Susu dan yogurt

Produk susu termasuk yogurt adalah makanan yang kaya protein, vitamin D dan vitamin B yang memainkan penting dalam pertumbuhan jaringan otak, neurotransmitter dan enzim.

 

Baca Juga: Kebaikan Yogurt Buat Wanita

 

9. Keluarga Beri

Buah-buahan daripada keluarga Beri  seperti strawberi, blueberi dan blackberi amat kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin C. Keluarga Beri ini dikatakan dapat memperbaiki daya ingatan anak-anak.

 

Nota Kaki: Jika anda suka, SHARE lah artikel ini ya.

 << Ketahui tips mendidik anak yang nakal di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bila Manusia Hanya Menghargai Sesuatu Setelah Kehilangan...

Next post

7 Penyebab "Pelamin Anganku Musnah"

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *