FamiliPermata Hati

5 Kebaikan Melatih Bayi Berenang

bayi berenang - woman online magazine

Kredit : unnado

Bayi Berenang? Kini, bukan lagi sesuatu yang pelik. Sudah ramai ibubapa yang menyedari kepentingan serta kebaikan berenang buat bayi mereka.

Mengajak bayi berenang boleh membahayakan jika tidak dilakukan dengan tepat. Pastikan bayi anda dalam keadaan yang sihat. Di samping itu, anda juga perlu memperhatikan suhu dan cuaca jika ingin membawa bayi ke kolam renang yang terdedah pada cuaca panas dan hujan. Anda juga perlu memilih kolam renang yang sememangnya sesuai buat bayi yang kandungan airnya tidak mengandungi klorin yang banyak dan sebagainya.Jadi,pastikan anda melakukannya dengan cara yang betul atau tepat kerana kebaikan berenang buat bayi anda terlalu banyak.

Berikut beberapa kebaikan yang boleh diperoleh apabila anda melatih anak anda berenang sejak bayi lagi.

  1. Meningkatkan Keyakinan Diri

Kemampuan menakluki air akan membuatkan bayi menjadi lebih berkeyakinan. Jika dilakukan secara rutin, kemampuan renangnya akan meningkat dari hari ke sehari. Keyakinan diri anak anda juga akan jadi semakin mantap.

 

  1. Melatih Ketenangan

Bayi yang sudah terbiasa berada di dalam air tidak mudah diserang rasa panik atau cemas. Mereka sudah terbiasa dengan keadaan cemas seperti nyaris tenggelam, tertelan air dan mencari pegangan ketika tergelincir.

 

  1. Meningkatkan Kemampuan Belajar

Bayi akan belajar merespons perintah repetitive ketika berenang. Perkara ini baik untuk menajamkan kemampuan mental serta meningkatkan tahap pemahaman mereka terhadap kata-kata.

 

  1. Memperkenalkan Gaya Hidup Sihat

Berenang sejak bayi membuatkan anak akan terbiasa dengan gaya hidup sihat. Berenang juga merupakan aktiviti fizikal terbaik untuk membuatkan bayi anda tidur lebih nyenyak dan lama.Berendam dalam air suam juga akan membuatkan tubuhnya menjadi lebih relaks dan berenang akan menstimulasi nafsu makan.

 

  1. Kemampuan Bersosial

Bayi yang kerap diajak ke kolam renang atau ke kelas renang bayi biasanya lebih banyak berinteraksi dengan orang lain. Mereka tidak takut atau canggung ketika berada di persekitaran yang ramai orang, tidak takut untuk bersentuhan dengan orang lain serta berinteraksi dengan orang baru.

<< Semak lebih lanjut apakah anda anak hiperaktif dan sering hilang daya tumpuan di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

“Mamil® MomMe Saturday” Bantu Para Ibu Pertingkatkan Kesihatan Penghadaman Anak

Next post

Ketahui Perubahan-Perubahan Yang Dialami Wanita Ketika Subur

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. August 5, 2015 at 1:39 pm — Reply

    setuju sangat, baby yang diajar berenang memang nmpk lebih berkeyakinan. tak takut pada air. malah lebih berani nak terjun sendiri dalam kolam, padahal belum pandai berenang. berenang memang aktiviti yang best untuk tingkatkan keyakinan anak-anak.

Leave a Reply to Nana Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *