FamiliPermata Hati

Punca Kulit Bayi Kering

Kulit Bayi Kering - Woman Online Magazine

Kredit Foto: hallmark

Kulit Bayi Kering. Cuba tengok atau belek-belek kulit bayi anda. Adakah bayi anda termasuk dalam kategori kulit bayi kering?

Kehalusan dan kelembutan kulit bayi membuatnya lebih sensitif terhadap perubahan suhu, kekeringan dan infeksi. Bahkan, kulit bayi juga lebih mudah terbakar sinaran matahari berbanding kulit orang dewasa.Tambahan pula, kelenjar peluhnya belum berfungsi sepenuhnya, belum cukup menghasilkan ‘minyak’.

Akibatnya, kulit bayi cenderung mudah kering serta cukup sensitif terhadap suhu panas dan sejuk.Kulit bayi yang baru lahir biasanya kelihatan kering, kasar dan menggelupas.

 

Baca Juga: Ruam Bayi

 

Berikut adalah tips merawat kulit kering pada bayi baru lahir:

1. Gunakan hanya produk bayi yang lembut dan sesuai pada kulit bayi.Produk untuk orang dewasa seperti pelembab, syampu dan sabun mandi biasanya mengandung zat pewarna, bahan kimia dan pewangi yang terlalu banyak sehingga bersifat keras dan boleh menjejaskan kesihatan kulit bayi.Pilihlah produk pelembab atau syampu yang dibuat khusus untuk bayi tanpa pewangi atau tanpa zat pewarna.

 

2. Bataskan paparan cuaca yang membuat bayi anda berasa tidak selesa.Panas, sinar matahari, angin dan cuaca sejuk akan merosakkan kelembaban kulit bayi.Pakaikan sarung tangan dan topi pada bayi sebelum keluar dari rumah atau ketika suhu sejuk serta dengan duduk di tempat yang teduh ketika cuaca panas. Semua ini akan melindungi kulit bayi daripada menjadi kering.

 

3. Mandikan bayi selama 10 minit atau kurang dengan air suam. Penggunaan air suam dan sabun mandi akan menghilangkan kelembaban kulit bayi, terutama ketika musim sejuk. Mandikan dan sabunkan bayi dengan lembut dan cepat menggunakan ‘wash lap’ dan syampu bayi untuk melindungi kulitnya.Untuk bayi yang kulitnya sangat kering, sebaiknya mandi hanya tiga kali dalam satu minggu untuk sementara waktu.

 

4. Lembabkan kulit bayi dua kali sehari dengan pelembab kulit khas untuk bayi.Pelembab yang kental akan membuat kulit bayi sedikit berminyak, namun memiliki efek melembabkan lebih lama.

 

Baca Juga: Bahaya Bayi Tidur Meniarap

 

Info Ekstra!

Untuk kesihatan dan merawat kulit bayi kering, anda juga disarankan supaya melakukan urutan lembut pada bayi. Anda boleh mengurutnya menggunakan minyak zaitun atau minyak esensial lain yang tidak membahayakan bayi dan dapat mengundang penyakit asma.

<< Ketahui punca bayi menangis malam dan cara untuk meredakannya di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Cara Paling Berkesan Untuk Mencegah Jerawat

Next post

Nikmati Resepi Salad Buah-buahan Segar

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *