FamiliPermata Hati

Pemakanan Seimbang Penting Buat Bayi Anda

pemakanan seimbang - women online magazine 1

Kredit Foto: hdwallpapersinn

Pemakanan Seimbang. Keperluan nutrisi buat bayi mula berubah ketika dia semakin membesar. Ini bermakna pemakanan seimbang juga perlu ada untuk menunjung tumbesaran yang sihat.

Memandangkan perut bayi sangat kecil, pastikan makanan yang diberikan haruslah padat dengan segala manfaat dan energi yang diperlukannya. Pemakanan seimbang untuk bayi pasti sangat berbeza dengan pemakanan seimbang orang dewasa ideal dengan rendah lemak dan berserat tinggi. Manakala si bayi pula memerlukan menu berlemak yang sihat dan berserat rendah.

 

Pemakanan Seimbang Yang Bervariasi

Bagi bayi, kanak-kanak mahupun orang dewasa, variasi makanan sangat mempengaruhi nafsu makan. Jadi, selain menjamin agar makanan bayi sudah lengkap dengan makanan utama dan makanan penutup, penting bagi anda memberikannya pemakanan seimbang yang bervariasi dalam menunya – daging merah, buah-buahan, sayuran, nasi, pasta, bijirin dan kentang.

Makanan dengan jenis yang berbeza, walau masih dalam kumpulan yang sama ia tetap mengandungi nutrisi yang berbeza. Ini bermakna memberikan variasi makanan yang berbeza sangat penting bagi memenuhi pemakanan seimbang buat bayi. Perkara ini sangat penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi anda.Menu atau pemakanan seimbang perlu dititikberatkan terutama pada tahun pertama sehinggalah tahun kedua, cenderung ketika dia berumur lapan tahun.

 

Jenis & Kumpulan Makanan Yang Perlu Diberikan Pada Bayi

Karbohidrat

Produk roti, bijirin termasuk mee dan beras serta kentang. Kumpulan ini memberikan energi yang diperlukan tumbesaran dan perkembangan bayi. Berikan karbohidrat setiapkali bayi anda hendak makan.

 

Protein

Yang termasuk dalam kumpulan protein ialah daging, telur, kacang-kacangan seperti buncis dan kacang peas. Sebaiknya diberikan sekali atau dua kali sehari bagi yang makan daging atau dua atau tiga kali bagi vegetarian. Kumpulan makanan ini kaya dengan protein, zat besi dan Omega 3 yang sangat penting buat bayi.

 

Buah-buahan & Sayur-Sayuran

Samada yang segar, dibekukan, dalam tin ataupun yang dikeringkan. Sebaiknya anda memberikan lima kali setiap hari dengan variasi warna yang berbeza. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang sangat penting.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Delima

 

Susu & Produk Olahan Susu

Yang termasuk dalam kumpulan ini adalah susu, keju dan yoghurt yang kaya dengan protein, kalsium dan beberapa vitamin serta mineral. Bayi memerlukan kumpulan makanan ini minimum tiga kali sehari, samada diminum ataupun dimakan.

 

Lemak & Minyak

Kumpulan makanan ini sebaiknya diberikan untuk melengkapi. Bukan untuk menggantikan makanan daripada kumpulan lain. Yang termasuk dalam kumpulan ini seperti minyak zaitun, soya, mentega, marjerin dan minyak sayur. Lemak dan minyak memberikan energi, asid lemak Omega 3 yang sangat penting buat bayi anda.

Baca Juga: Khasiat Minyak Zaitun

 

Info Ekstra!

  • Susu tetap penting buat bayi walaupun anda sudah memberikannya makanan tambahan. Ini adalah kerana susu adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk bayi mendapat semua zat ataupun nutrisi yang diperlukannya.
  • Susu adalah sumber utama vitamin, mineral, lemak dan zat dan mengisi kira-kira setengah dari yang masuk ke perut bayi. Susu juga membuatkan bayi anda sihat dan puas!
  • Perut bayi sangat kecil, jadi sangat penting bagi anda menitikberatkan segala makanan yang diberikan itu penuh dengan pelbagai manfaat pemakanan seimbang dan zat yang tepat.
  • Anda juga diingatkan, berhati-hati dengan jumlah garam dalam makanan yang diberikan buat bayi anda kerana buah pinggangnya masih kecil dan baru berkembang.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui empat kaedah merangsang minda anda anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak Punca Sebenar Senggugut Yang Mungkin Anda Tidak Ketahui

Next post

17 Khasiat Garam Bukit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *