FamiliPermata Hati

Cara Terbaik Keluarkan Kahak Bayi

Kahak Bayi - Women Online Magazine

Kredit Foto:groceryheadquarters

Kahak Bayi.Batuk dan selesema adalah dua pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi.

Biasanya bayi akan mengalami kesukaran untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti ‘bronkitis' atau ‘brochospasm'.Pasti ibu bapa akan berasa risau kerana bayi masih belum pandai untuk mengeluarkan kahak sendiri.

Jadi, sebab  itulah ada ibu bapa yang sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas dan lemas.

Cara Keluarkan Kahak Bayi

  • Mandikan bayi dengan air suam untuk memberi keselesaan pada bayi anda.
  • Keluarkan kahak selepas mandi air suam kerana kahak agak cair pada waktu itu.

Baca Juga: Bayi Menangis Malam

 

Cara keluarkan kahak:

  • Sedut secara manual iaitu menggunakan mulut.
  • Sedut menggunakan tiub penyedut hingus. Boleh di dapati di farmasi.
  • Wapkan bayi. Caranya, masukkan air panas yang masih mengeluarkan wap ke dalam bekas yang agak lebar. Titiskan minyak telon ke dalam air panas. Selubungkan kain di atas kepala dan bawa muka bayi dekat dengan wap air. Hasilnya, ia akan memberi kelegaan pada rongga-rongga pernafasan.
  • Cuba tepuk bahagian belakang dan hadapan badan bayi dengan tapak tangan. Gerakkan tangan perlahan-perlahan sambil menepuk seluruh kawasan badan bayi anda.

Baca Juga:  Punca Bayi Kembung

 

Pencegahan

  • Hidung bayi sangat sensitif terhadap habuk dan bau-bauan. Pastikan keadaan rumah sentiasa bersih dan elakkan semburan pewangi di dalam rumah. Jika di rumah memakai karpet, pastikan karpet divakum bersih. Elakkan binatang peliharaan berkeliaran di dalam rumah kerana bulunya boleh menyebabkan alergi pada hidung bayi.
  • Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan suhu bilik yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Kurangkan penggunaan penghawa dingin di dalam rumah. Jika terlalu sejuk, suhu itu akan menekan dada bayi dan menyebabkannya sukar bernafas. Jika cuaca sejuk, pakaikan bayi  anda dengan baju yang lebih tebal.
  • Bayi memerlukan udara yang bersih dan segar. Maka pastikan untuk mewujudkan suasana tersebut di dalam rumah anda. Elakkan bayi daripada bau asap rokok dan asap lain.
  • Elakkan bayi daripada makan makanan sejuk. Cuba berikan makanan panas yang dimasak sendiri. Elakkan juga makanan yang diproses.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui tips menjadi ibu yang baik buat anak-anak tersayang di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

12 Cara Dapatkan Diet Yang Berkesan

Next post

Mesti Cuba Buat! Sambal Terung Pipit Ikan Bilis

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *