FamiliPermata Hati

6 Cara Didik Anak Dalam Kandungan

didik anak dalam kandungan - women online magazine

Foto Sekadar Hiasan.

Didik Anak Dalam Kandungan. Setiap ibubapa pasti menginginkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cubalah mendidik anak ketika dalam kandungan lagi.

Namun, bagi mencapai matlamat tersebut, didikan kepada anak-anak bukanlah bermula sejak dilahirkan atau ketika umurnya sesuai untk di hantar ke taska/tadika. Sebaliknya didikan tersebut haruslah bermula sejak dari alam rahim lagi

Oleh itu, penting buat ibu dan bapa mencorakkan hidup anak-anak ketika mereka di dalam kandungan lagi supaya mereka mendapat ilmu apa yang diajar oleh ibu dan bapa.

Tambahan pula, mendidik anak ketika mereka masih kecil seperti mengukir di batu, mendidik mereka di saat sudah dewasa, tak ubah seperti mengukir di air! Jika sempurna didikannya pada masa kecil, maka insya-Allah akan baik sampailah mereka dewasa.

 

 

Baca Juga: Cabaran Ibu Bapa Cemerlang Mendidik Anak

 

 

Jom kita lihat beberapa tips untuk didik anak dalam kandungan: 

 

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

 

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

 

 

Baca Juga: Makanan Sihat Untuk Ibu Mengandung

 

 

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca Al-Quran dan sebagainya dan juga banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca Al-Quran”.

 

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi dengan membaca bahan ilmiah yang berguna dan baik.

 

 

Baca Juga: Risiko Air Ketuban Kurang

 

 

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya atau selalu mengamalkan zikir, hadis-hadis daripada ulamak-ulamak. Ini supaya anak kita mendapat ilmu yang berguna.

 

 

Baca Juga: Panduan Selamat Mengurut Ibu Mengandung

 

 

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.

 

Buat ibu yang mengandung, anda boleh mengamalkan surah ini buat bacaan harian anda dan bayi.

 

Doa zuriat yang soleh – Surah Ali-Imran ayat 38

هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء

Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.

 

 

Nota Kaki: SHARE artikel bermanfaat ini dengan kawan-kawan anda. Moga memperoleh zuriat yang baik.

<<  Tahukah anda akan bahaya jika bayi tersedak susu, klik sini untuk kel laman seterusnya..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Cara Berkesan Menghapuskan Kutu Beras

Next post

Boleh Kurus, Tapi Pastikan Resepi Diet Anda Tepat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *