FamiliPermata Hati

4 Tips Bantu Atasi Anak Malas Belajar

cara atasi anak malas belajar - women online magazine

Foto:Sekadar Gambar Hiasan

Anak Malas Belajar.Pasti anda inginkan anak anda berjaya, jadi WOM,my akan kongsikan cara untuk mengatasi anak malas belajar.

Sudah menjadi lumrah, peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya. Anak terbentuk mengikut acuan kita, seperti kain putih kita ibubapa yang mewarnai kehidupan mereka. Jika kita tidak rajin mendidik mereka dari kecil dan menerapkan nilai-nilai murni kemungkinan mereka akan degil dan kurang bercakap dengan kita.

Ibu bapa mana yang tidak sayang akan anak mereka sejak kecil sudah ditatang bagai minyak yang penuh.Tapi kita kena ingat, tidak kesemua kehendak anak-anak harus diturutkan. Kadang kala kita ibu bapa kena bertegas.

Antara Cara Jitu Membangkitkan Semangat Anak Malas Belajar Adalah :

1. Buat Kerja Sekolah Bersama-Sama Anak

  • Ibu bapa seharusnya menemani anak-anak ketika sesi pembelajaran di rumah.
  • Ini kerana, anak-anak mungkin berasa bosan atau mereka tidak memahami tentang pembelajaran.
  • Di sekolah, guru peneman mereka untuk menyelesaikan masalah.Apabila di rumah ibu adalah guru ke-2 untuk mendidik si anak.

 

Baca Juga: Tips Merangsang Minda Anak

 

2.  Berikan Ganjaran Kepada Anak

  • Wujudkan pertandingan ketika belajar. Contohnya: jika anak-anak boleh siapkan kerja sekolah pada waktu yang singkat mereka boleh pergi bermain dengan kawan-kawan.
  • Pujian adalah salah satu cara untuk memotivasikan si anak, berikan hadiah jika si anak mendapat markah yang baik.
  • Pujian itu juga adalah mata ganjaran dan doa buat si anak.Jadi pujilah jika mereka melakukan sesuatu yang membanggakan.Ingat!!Jangan lokek.
  • Si anak akan berasa lebih dihargai dan tanpa disuruh akan mengulanginya lagi untuk menggembirakan hati ibu bapa.

 

Baca Juga: Cara Didik Anak

 

3. Menjadi Sahabat Kepada Anak

  • Kenali masalah anak-anak dengan menjadi rakan mereka, ini lebih mudah untuk mereka berceritakan masalah yang dialami.
  • Memberi keyakinan yang tinggi agar mereka tidak takut untuk menghadapi sebarang kesukaran atau masalah di sekolah.
  • Selalulah memberi kata-kata semangat, dorongan dalam memotivasikan diri anak-anak anda.

 

Baca Juga: Anak Degil

 

4. Berdoa 

  • Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun si anak semasa tidur
  • Peluk si anak sebelum dia ke sekolah sambil berselawat di dalam hati.
  • Memperbanyakkan doa kepada Allah s.w.t dan mengamalkan zikir.

 

Nota Kaki: Diharap perkongsian tips anak malas belajar di dalam pelajaran ini memberi seribu satu manfaat yang bermakna untuk anda. Sebagai orang tua anda harus bijak berbicara dengan lembut terhadap si anak kerana setiap perkataan yang keluar dari mulut seorang ibu adalah doa buat mereka. Tolong SHARE artikel ini ya!

<<  Nak tahu petua merangsang minda anak anda boleh baca di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Mee Goreng Simple Pedas Manis

Next post

Wajah Lebih Berseri Dengan Solekan Natural

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *