FamiliPerkahwinan

Mesti Baca! Baik Buruk Kahwin Usia Muda

baik buruk kahwin usia muda - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Baik Buruk Kahwin Usia Muda.Ketahui kebaikan dan keburukan berkahwin di usia yang muda dengan membaca artikel ini sampai habis.

Fenomena kahwin awal bukanlah sesuatu yang janggal di negara kita. Ia berlaku sejak zaman nenek moyang kita lagi. Mereka berkahwin pada usia muda, iaitu pada umur bawah 18 tahun.

Pada zaman pasca moden ini juga masih terdapat golongan yang berkahwin awal. Ada yang berkahwin selepas habis zaman sekolah. Pasangan yang berkahwin pada usia dari linkungan 20-25 tahun juga boleh dikategorikan sebagai kahwin awal.

Apa perspektif masyarakat termasuk anda tentang kahwin awal? Andakah masih relevan pada zaman kini yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi? Cukup yakinkah anda kepada pasangan yang berkahwin muda?

WOM.my menyingkap serba sedikit pro dan kontra berkahwin pada usia muda.

Antaranya ialah:

KEBAIKAN KAHWIN DI USIA MUDA

1. Mengelak Dari Berlaku Seks Bebas

Bagi golongan remaja yang sudah melepasi 18 tahun, kebiasaannya nafsu mereka mudah teransang dan membuak-buak. Apabila berlaku pergaulan antara lelaki dan wanita, perasaan sayang dan nafsu akan mula timbul.

Mereka akan keluar berjalan beriringan jalan bersama, menonton wayang, berbalas mesej hingga lewat malam yang boleh menjerumus ke arah maksiat.

Jika mereka sudah tertarik antara satu sama lain, seelok-eloknya eloklah dilangsungkan perkahwinan supaya tidak berlaku perkara yang tidak didendang, antaranya anak luar nikah, pembuangan bayi dan kahwin lari.

2. Berubah Menjadi Lebih Bertanggungjawab

Jika ketika bujang dahulu, segala usaha dan hidup kita lebih terarah kepada kita sahaja. Kepada yang datang dari keluarga berada, mungkin segala keperluan dan kemudahan sudah disediakan oleh ibu bapa anda untuk anda.

Apabila anda dan pasangan anda sudah menjengah ke alam perkahwinan, kini anda berkongsi hidup dengan pasangan anda. Adalah cabaran besar bagi yang menetap di kota metropolitan yang memerlukan kos hidup yang kita.

Ia juga akan mendatangkan cabaran yang lebih besar bagi anda dan pasangan anda yang masih belajar. Pada siang hari, anda perlu pergi ke kuliah, kemudian kemungkinan pada waktu malam anda perlu pergi ke kerja sambilan dan masa yang sama meluangkan masa dengan isteri anda.

Apabila anda dan pasangan anda mempunyai anak sendiri juga memerlukan kos yang tinggi, kerana barang-barang keperluan bayi adah tinggi harganya.

Baca Juga: Barang Penting Keperluan Bayi

Jadi apabila berlakunya situasi ini, anda dan pasangan anda mula menjadi lebih bertanggungjawab dan berusaha kerasa untuk menyara hidup anda sekeluarga. Tiada lagi masa lagi untuk berfoya-foya dan melepak bersama rakan anda.

Perkara yang baik ini jika tidak diterima secara positif, ia akan menjadi satu tekanan pada remaja yang telah berkahwin.

3. Diri Berubah Ke Arah Kebaikan

Menjadi lumrah bagi pada sesiapa yang sudah berkahwin, pasti akan berubah menjadi seorang yang lebih positif. Pasti tabiat lama yang berunsurkan negatif seperti merempit dan melepak, lama kelamaan pasti akan terhakis sedikit demi sedikit.

Bagi yang yang beragama Islam, kesempatan yang ada ini apa kata anda dan pasangan melakukakan solat jemaah apabila ada kelapangan, secara langsung akan menyuntik suasana tenang dan harmoni. Ia akan mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan anda.

Lebih awal seseorang itu berkahwin, kemungkinan besar lebih mudah untuk kita melihat perubahan diri sesorang itu bukan?

Baca Juga: 8 Tips Menjadi Pasangan Serasi

4. Jangan Biarkan Dijodohkan Begitu Lama

Seperti lagu Jangan Tunggu Lama-Lama yang didendangkan oleh Sweet Charity, jika anda dan pasangan anda sudah jatuh cinta antara satu sama lain, lebih elok jika anda berdua dijodohkan, tidak perlu dibiarkan tertangguh.

Tidak perlu menunggu ekonomi kalian betul-betul kukuh baru anda berdua mahu disatukan. Bagi memastikan ekonomi anda betul-betul kukuh memerlukan pengorbanan masa yang lama, bergantung kepada rezeki yang bakal telah ditentukan oleh Allah.

KEBURUKAN KAHWIN USIA MUDA

Tetapi tidak dinafikan perkahwinan di usia muda mungkin ada kontranya. Antaranya ialah:

1. Tidak Mendapat Restu Ibu Bapa

Ibu bapa mana yang tidak mahu yang terbaik buat anak-anak mereka. Pasti mereka akan terkejut dan menolak cadangan anda untuk berkahwin pada usia muda, tambahan jika anda masih sedang belajar, akan ditolak mentah-mentah permintaan anda.

Jika situasi ini berlaku, jelaskan kepada ibu bapa dahulu apa sebabnya anda mahu berkahwin. Jelaskan dan yakinkan ibu bapa anda yang anda akan terus komited dengan pekerjaan atau pembelajaran anda semasa sudah berkahwin nanti. Mungkin akan lembut hati mereka nanti.

#Jika masih mendapat tentangan daripada ibu bapa anda, sebaik-baiknya akurlah dengan permintaan mereka itu. Restu ibu bapa amat penting untuk anda terus berbahagia dan senang di masa depan.

2. Bosan dengan Kehidupan Berumah Tangga

Mungkin sebelum mendirikan rumah tangga, anda akan anggap diri anda bersedia untuk mendirikan tangga. Ia semata-mata untuk mengelak dari berlakunya maksiat. Jika itu berlaku, baik anda berfikir sedalam-dalamnya

Rumah tangga yang hanya berlandaskan nafsu dan tanpa cinta atau kasih sayang seperti buah yang tiada manisnya. Sebaik-baiknya berkahwinlah dengan pasangan benar-benar anda cinta supaya kemanisan berumah tangga dapat dirasai. Pastikan ikatan anda bukan atas nafsu!

Pastikan pasangan anda pilih itu memang bersesuaian dengan anda. Jangan hanya tangkap muat dan hanya cinta monyet sahaja kerana kuatir rumah tangga akan terjejas dia tiada persefahaman.

Baca Juga: Sikap Lelaki Yang Lebih Ego

Pastikan juga anda cukup bersedia untuk menempuh alam rumah tangga. Siap sedia diri anda untuk mengorbankan segala yang anda minat atau tabiat buruk anda untuk memastikan rumah tangga anda bahagia. Sesetengah orang masih tidak bersedia untuk berkahwin kerana ingin cara hidup yang sama ketika mereka bujang.

Jika anda masih rasa sayang membuangnya, seperti melepak dengan rakan-rakan, memancing secara berlebihan atau hobi-hobi yang melampau atau tabiat-tabiat yang kurang baik, pastikan anda membuang tabiat itu atau ianya akan memberi masalah selepas perkahwinan nanti

Anda juga perlu memastikan sanggup mengorbankan diri anda untuk kerja lebih masa atau bekerja sambilan(bagi pasangan yang sedang belajar) bagi memastikan anda dapat menampung segala perbelajaan anda berdua, temasuk anak-anak.

Kesimpulan

Pelbagai perkara manis anda akan rasai apabila berkahwin. Berkahwin pada usia muda adalah antara perkara yang terpuji. Namun, pastikan anda cukup bersedia untuk menempuh alam berumah tangga ini pada usia yang muda.

Jika anda dan pasangan anda sudah bersedia dan mendapat restu kedua-dua belah pihak, berkahwinlah walaupun pada usia muda. Kecapi keindahan rumah tangga sebaik-baiknya dan pastikan rumah tangga anda kekal bahagia.

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Anda yang selalu salah faham mengenai konsep poligami dalam islam boleh baca di sini sehingga habis..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Tips Jaga Badan Ketika Berpuasa

Next post

8 Panduan Buat Ibu Mengandung Berpuasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *