FamiliPermata Hati

5 Faktor Penyebab Penyakit Autisme

Penyakit Autisme - women online magazine

Kredit Foto: mychildwithoutlimits

Penyakit Autisme.Penyakit autisme merupakan penyakit yang terjadi akibat adanya gangguan pada perkembangan otak.

Gangguan tersebut membuatkan penghidap penyakit autisme mengalami masalah daripada segi komunikasi, interkasi sosial dan juga perilaku.

Biasanya anak-anak yang mengalami sindrom penyakit autisme memiliki wajah polos dan bersifat naif. Anak-anak dengan sindrom autisme ringan juga tidak berupaya untuk berpura-pura atau berbohong kerana mereka selalu mengatakan sesuatu secara jujur dan ada apanya.

Bagi anda yang memiliki anak istimewa ini, anda dan pasangan harus lebih sabar dalam memberi penjagaan terbaik buatnya.

 

Baca Juga: Cara Mendidik Anak Nakal

 

Faktor-Faktor Penyebab Penyakit Autisme

1. Faktor genetik, iaitu faktor keturunan. Jika ada salah seorang daripada ahli keluarga yang menghidap autisme, maka peluang untuk anda melahirkan anak autisme menjadi lebih tinggi.

2. Perkembangan otak, dalam perkara ini ketidakseimbangan neurotransmitter(dopamine dan serotonin) juga dapat menyebabkan penyakit autisme pada anak.

3. Usia anda dan pasangan juga turut mempengaruhi terjadinya penyakit autisme. Semakin tua usia anda memiliki anak, maka semakin tinggi  anak anda terkena autisme.

4. Pengaruh ubat-ubatan juga dapat memberikan impak autisme terhadap anak-anak. Terutama ubat-ubatan yang anda ambil ketika mengandung. Misalnya, ubat mencegah rasa mual dan muntah, ubat insomnia dan sebagainya.

5. Kandungan pestisida yang tinggi pada makanan juga boleh menyebabkan penyakit autisme. Zat pestisida yang tinggi boleh menganggu fungsi gen yang terdapat pada sistem syaraf pusat.

 

Baca Juga: Kesan Steroid

 

Cara Mudah Mengenali Gejala Penyakit Autisme

Gejala penyakit autisme sudah boleh dikenalpasti ketika anak anda berusia di bawah tiga tahun. Namun, ada juga ibubapa yang sudah dapat mengagak atau meneka gejala tersebut ketika anak mereka berusia sembilan bulan lagi.

Antaranya:

  • Anak tidak memiliki daya tarikan untuk bergaul dengan anak-anak atau teman-temannya yang lain.
  • Anak akan mengalami masalah lambat untuk bercakap atau bahkan tidak dapat bercakap.
  • Anak anda tidak pernah menatap mata anda lebih daripda dua minit.
  • Anak jarang meniru ekspresi atau raut wajah anda.
  • Anak tidak memberikan tindak balas pada saat anda memanggil namanya.
  • Anda yang menderita penyakit ini, biasanya tidak suka dipeluk. Sebaliknya, suka menjauh dan menyendiri.
  • Mudah tertarik atau terpaku pada benda-benda yang berputar seperti roda.
  • Adakalanya kelihatan sangat hiperaktif, namun ada juga yang terlalu pendiam.
  • Tidak dapat mengawal emosi, sehingga kerap mengamuk dan menjerit serta membaling-baling barang.

Baca Juga: Anak Hiperaktif

 

  • Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
  • Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek.

 

Nota Kaki: Sila SHARE artikel ini ya supaya kawan-kawan anda juga dapat menambah pengetahuan mereka tentang anak-anak autisme.

<< Siapa yang tak nak punya anak-anak yang cergas dan bijak? Ketahui menu makanan yang boleh membantu otak anak lebih cergas di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

10 Petua Merawat Tumit Kaki Pecah

Next post

Lebih Cantik Dan Sihat Dengan Khasiat Tomato

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *