FamiliIbu BapaPermata Hati

Adab Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa

ADAB SEORANG ANAK TERHADAP IBU BAPA - WOMEN ONLINE MAGAZINE

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Semperna hari ibu yang bakal tiba nanti apa kata kita semak mengenai adab terhadap ibu bapa anda. 

Pada zaman pascamoden ini banyak perubahan yang telah berlaku di sekeliling kita, terutamanya daripada segi kemudahan teknologi dan infrastruktur . Sungguhpun begitu, sesetengah minda di kalangan masyarakat kita terutama anak-anak muda  seolah-olah dijajah seperti pada  zaman jahiliyah.

Terdapat pelbagai cerita yang disiarkan di media massa, tidak kira melalui media cetak atau elektronik tentang perihal anak derhaka atau pun anak yang melukakan perasaaan hati ibubapa mereka ini. Semuanya amat tragis.

Ada yang sanggup menghantar ibubapa ke rumah orang-orang tua kerana tidak sanggup menjaganya. Malah, ada  juga yang tergamak melakukan kekasaran dengan memukul dan paling kejam, membunuh ibubapa kandung sendiri.

Ibu bapa adalah insan yang mendidik dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Sebagai anak , kita wajar menjaga adab terhadap ibu bapa kita kerana jasa serta pergobanan mereka tidak ternilai harganya.

Terdapat pelbagai adab terhadap ibu bapa yang harus kita amalkan. Antaranya…

1.   Bertutur Dengan Sopan Santun

Ibubapa adalah manusia yang membesarkan kita dan lebih tua daripada kita. Sebagai anak, kita harus mempamerkan akhlak yang baik di hadapan mereka. Pertuturan antara anak dan ibubapa adalah penting bagi mencerminkan peribadi seseorang anak. Pabila bersama mereka, kita harus bertutur dengan nada yang rendah dan bersopan santun. Elak daripada menggunakan bercakap dalam nada yang tinggi kerana ia adalah sikap yang biadap.

2.   Mendoakan Kesejahteraan Ibu Bapa

Jasa ibu bapa kepada kita adalah ibarat antara daratan dan puncak sesebuah gunung. Jasa mereka tiada tandingan dan tidak mampu untuk dibalas meskipun anda telah menaburkan wang ringgit yang banyak kepada mereka.

Salah satu cara untuk kita membalas jasa dan menjaga adab terhadap ibubapa adalah dengan sentiasa mendoakan kesejahteraannya. Selalulah berdoa atau meminta pertolongan daripada Allah untuk mengampunkan dosa-dosa mereka dan memohon agar kesihatan serta  keselamatan keduanya berkekalan hinggga ke akhir hayat.

3.   Taat Setiap Suruhan Ibu Bapa

Sebagai anak, anda juag tanggungjawab  untuk menuruti segala suruhan ibu bapa. Mungkin apa yang diperintahkan oleh mereka, kadangkala sukar untuk dilaksanakan atau tidak kena pada masanya. Contohnya pada ketika itu anda benar-benar keletihan.

Sebaiknya, turuti sahaja  permintaan atau  suruhan tersebut kerana ia merupakan salah satu platform untuk kita membalas jasa mereka. Jika anda tidak mampu melakukannya, tolaklah secara baik dan jelaskan kepada mereka dengan nada yang rendah serta sopan tanpa melukai hatinya.

# Turutilah segala perintah ibu bapa anda, kecuali jika mereka menegah anda untuk melakukan setiap suruhan Allah S.W.T.

4.   Segera Sahut Panggilan Ibubapa

Antara adab terhadap ibubapa yang amat ditekankan oleh Islam adalah segera menyahut panggilan mereka. Memang panggilan ibubapa wajib disahut, apatah lagi jika panggilan tersebut lebih penting daripada perbuatan yang sedang kita lakukan.

Sekiranya kita ada urusan lain seperti di dalam tandas dan sebagainya, selepas segalanya selesai pergilah berjumpa dengan ibubapa yang memanggil itu untuk meminta maaf kerana tidak boleh datang atau tidak menyahut panggilannya.

5.   Tunaikan Apa yang Dihajati

Semasa anda masih kecil, ibubapa sering menunaikan permintaan anda untuk membeli barang permainan mahupun komik yang anda suka. Apabila sudah meningkat remaja, mereka juga melaburkan banyak duit untuk keperluan dan pendidik anda.

Semasa anda melanjutkan pelajaran mereka jugalah yang  memberikan wang pengajian dan keperluan anda di sana. Kadangkala mereka terpaksa melupakan keinginan untuk membeli atau melaburkan duit bagi sesuatu yang mereka mahukan.

Apabila sudah mempunyai kerjaya tetap, sudah tibalah masa untuk anda menunaikan apa yang mereka impikan. Cuba tanyakan kepada ibubapa anda, apa yang mereka hajati.

Jika anda mampu, cubalah tunaikan segala kehendak mereka. Sekiranya tidak, usahakan setakat mana anda mampu. Kesungguhan yang anda tunjukkan pasti akan membuatkan ibubapa anda tersenyum dan rasa bahagia.

6.   Mengingati IbuBapa Yang Sudah Meninggal Dunia

Buat anda yang  ibubapa sudah meninggal dunia, cuba jalankan tanggungjawab anda sebagai anak yang soleh atau solehah.

Ada banyak cara untuk anda berbakti kepada mereka sekalipun mereka telah tiada di dunia ini.  Anda tetap boleh memberikan kebaikan berupa pahala kepada ibubapa, dengan syarat anda memiliki ikatan iman.

Doa mukmin yang masih hidup kepada mukmin yang telah tiada, Allah jadikan sebagai doa yang mustajab. Jadi, doa anak yang soleh kepada ibubapa yang beriman, Allah jadikan sebagai bonus pahala yang tetap mengalir.

Ini juga bermaka doa anak yang soleh/solehan akan membantu ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat  serta di sisi Allah.

<< Jom dapatkan teknik untuk mengenang jasa ibu bapa anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Khasiat Tersendiri Buah Tunjuk Langit

Next post

Chicken Chop Black Pepper Fuh, sedap!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

4 Comments

  1. May 8, 2014 at 11:23 am — Reply

    Kewajibpan kita taat pada ibubapa dan buatlah yang terbaik buat mereka. terima kasih perkongsiannya.

  2. May 8, 2014 at 12:35 pm — Reply

    perkongsian yang bermanfaat kerana banyak anak sekarang yang alpa dengan kewajipan mereka terhadap ibu bapa.

  3. May 8, 2014 at 1:53 pm — Reply

    sbagai anak mmg kewajipan kita utk mghormati kedua ibu bapa..

  4. fadilah
    August 4, 2015 at 10:57 am — Reply

    ibu bapa adalah orang yang pertama mesti kita hormati

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *