CantikSolekan

Ketahui 3 Trik Mekap Menggoda Suami

menggoda suami - woman online magazine

Kredit : datingloveandsextips

Ingin Menggoda Suami Dengan Trik Mekap Yang Boleh Menyamarkan Kesan Penuaan Di Wajah Anda? Baca artikel ini sampai habis…

Pertambahan usia adalah proses semulajadi yang harus di hadapi oleh setiap manusia. Dengan bertambahnya usia, kemampuan tubuh juga semakin menurun dan kesannya boleh dilihat pada wajah.Pada wajah muncul kedutan atau kulit muka sudah mula nampak kendur. Sungguhpun begitu, itu tidak bermakna anda tidak boleh tampil cantik untuk menggoda suami. Trik mekap atau solekan wajah adalah salah satu jalan penyelesaian terbaik. Dengan trik mekap yang tepat, anda dapat menyamarkan tanda-tanda penuaan yang ada sehingga anda dapat menutupi kekurangan tersebut.

 

Berikut 3 trik mekap yang boleh anda cuba bagi memikat hati suami. Sekali sekala bagus juga jika anda membuat sedikit kejutan untuknya.

 

1.Goda Suami Dengan Mekap Smokey Eye

Gunakan eyeshadow berwarna kelabu, mulakan dari garis mata di sudut terdalam hingga ke bahagian sudut luar mata seperti bentuk sayap.Seterusnya, penuhi mata dengan eyeliner hitam kedap air dan baurkan sedikit pada kelopak mata untuk mencipta kesan yang lebih ‘hidup’.Tambahkan maskara,kemudian berikan sentuhan terakhir dengan lipstik berwarna merah jambu. Anda juga boleh memberikan efek tirus dengan blush on berwarna coklat tua tepat di tulang pipi.

 

2. Takluk Hati Suami Dengan Bronze Eyes Dan Bibir Merah Pekat

Gunakan berus eyeshadow yang agak fluffy, aplikasikan bronze cream shadow. Mulakan dari garis mata atas bahagian dalam sehingga ke sudut bahagian luar mata.Kemudian, pakai eyeliner dan lapiskan bahagian bawah garis mata dengan warna yang sama. Tambahkan maskara, dan berikan shading pada tulang pipi dan penuhkan bibir anda dengan lip pencil matte berwarna merah.

 

3. Tawan Jiwa Suami Dengan Wajah Berkilat

Wajah berkilat bukan bermakna kelihatan basah akibat peluh. Anda boleh membuat kulit wajah nampak berkilat cantik dengan memberikan pemerah pipi atau blush on berwarna merah jambu lembut pada tulang pipi.Tambahkan ‘bronzer’ untuk memberikan kesan yang lebih hangat. Kemudian, sapukan krim pencerah pada tulang pipi dan batang hidung. Untuk sentuhan terakhir, sapukan eyeshadow berwarna neutral pada kelopak mata. Kemudian pertegaskan bulu mata anda dengan maskara serta sapukan lipstik merah pada bibir.

 

Info Ekstra!

Sebelum bersolek pastikan anda membersihkan wajah sehingga ke leher dengan menggunakan pembersih, toner dan pelembab. Ia bertujuan agar hasil mekap anda nampak lebih sempurna. Selain itu, gunakan concealer untuk membantu menyamarkan kesan bintik-bintik hitam atau bekas jerawat di wajah. Concealer juga boleh digunakan untuk menyamarkan kesan lingkaran hitam bawah mata.

<< Ketahui tips memakai eyeliner yang sesuai dengan bentuk mata anda di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahang Sambutan Hari Wanita 2015 Kian Terasa

Next post

5 Cara Mengatasi Rambut Kering

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. August 21, 2015 at 11:21 am — Reply

    Saya mesti cuba petua berguna dari WOM

    • August 21, 2015 at 2:38 pm — Reply

      tq dan teruskan mendapatkan info-info menarik dan berguna daripada WOM.my

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *