CantikDietSihat

Tips Nak Kurus Dalam Masa 30 Hari

tips nak kurus - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Foto: Sekadar Hiasan

Tips Nak Kurus. Anda betul-betul ingin kuruskan badan dalam masa 30hari? WOM.my tahu ada tipsnya.

Hidup sihat datangnya daripada pemikiran yang sihat. Program diet yang sukses adalah diet yang berdisiplin. Anda harus ubah segala pemikiran negatif dengan menanamkan fikiran yang lebih positif.

Setelah anda berjaya menanam mindset positif itu ke dalam diri, barulah anda boleh berjuang mengikut tips nak kurus, sihat dan langsing dalam masa sebulan ini! Niat dan diet yang bersungguh-sungguh perlu juga ada supaya ia boleh diterapkan sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat anda setiap hari.

 

Tips nak kurus yang perlu anda praktikan adalah seperti berikut:

1.  Bebas Gula

Gula adalah zat yang menyebabkan tubuh memproduksi hormon insulin sangat tinggi yang dikenali sebagai ‘insulin spike’.  Tubuh memproduksi insulin agar gula boleh segera masuk ke dalam sel tubuh. Apakah minuman yang mengandungi ‘kosong’ kalori?

Ada tiga jenis minuman yang tidak mengandungi kalori, iaitu air putih, teh tawar dan kopi tanpa gula. Air putih hanya mengandungi mineral dan bebas daripada unsur gula.

Manakala teh tawar pula hanya mengandungi beberapa zat kimia yang semuanya tidak mengandungi unsur gula. Teh yang tidak diletak gula baik untuk anda yang sedang menjalani program diet.

Begitu juga dengan kopi tanpa gula, bebas tanpa kalori. Rasa kopi yang cenderung pahit menyebabkan ramai yang tidak sanggup untuk meminumnya tanpa gula.

 

Baca Juga: Khasiat Teh Hijau

 

2.  Beralih ke karbohidrat kompleks

Karbohidrat kompleks adalah karbohidrat yang kaya dengan serat, bermakna pelepasan gula darah akan stabil. Contohnya, beras merah, roti gandung, kentang dengan kulitnya. Beras merah mengandungi vitamin B kompelks dan serat yang penting untuk proses pengolahan energi dan penghadaman.

Energi kita akan lebih stabil seharian, lebih energetik, produktif dan stamina tinggi. Karbohidrat kompleks lebih sukar disimpan sebagai lemak, untuk itu lebih sihat … lebih langsing dan berkhasiat mengurangi selulit. Dengan pengambilan karbohidarat yang kompleks, mood juga menjadi lebih baik.

 

3.  Makan Buah-Buahan Sebelum Makan

Jajan  yang terbaik untuk tubuh adalah buah-buahan. Dalam sehari, setidaknya ada harus mengambil dua jenis buah, untuk dimakan tiga kali sehari.

Makan buah sehari sepiring penuh, usus seperti dicuci, secara automatic metabolism tubuh juga akan naik. Kenapa mesti diambil sebelum makan? Tujuannya adalah kerana, perut terisi terlebih dahulu, jadi kalori yang masuk menjadi lebih sedikit. Vitamin dan mineral yang masuk itu akan membantu proses pengolahan sumber energi yang dimakan.

 

4.  Bebas Minyak Gorengan

Kadar lemak tepu yang dihasilkan melalui proses penggoreng akan menimbulkan peningkatan kadar kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol jahat inilah yang mengundang penyakit jantung, hipertensi dan lain-lain lagi.

 

Baca Juga: Teknik Masak Nasi Goreng Lebih Sihat

 

5.  Bersenam

Tidak semestinya anda harus ke gym dan tidak perlu melakukan aktiviti ekstrem pada setiap hari. Pilih senaman apa sahaja yang membuatkan anda bahagia. Paling kurang, berjalan kaki di sekeliling rumah, pergi ke kedai , itu pun sudah boleh dianggap sebagai senaman.

 

Info Extra daripada WOM.my !

– WOM.my nak mencadangkan satu Panduan yang menarik untuk anda di mana ada Formula Kuruskan Badan dengan cara Paling Ringkas dan Paling Menjimatkan Kos. WOM.my cadangkan Panduan ini Jika anda benar-benar serius untuk kuruskan badan.

Jika anda berminat sila klik link ini = [ Formula Kurus Berkesan ]

Ilmu yang anda dapat daripada Panduan ini apa lah sangat jika di bandingkan dengan hasil yang bakal anda terima. Dapatkan Formula Kuruskan Badan dengan cara paling ringkas dan jimat sekarang juga.

 

<<Anda bertubuh gempal, suka berdiet? Hati-hati, jangan silap pilih diet kerana ada bahaya menggerunkan menanti anda. Ketahui di sini…

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Jenis Dan Rekaan Jubah Kaftan Terkini Buat Anda

Next post

Resepi Kerabu Kerang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *