CantikKulit

Tips Jaga Kecantikan Bila Umur Anda Masuk 30 Tahun

KECANTIKAN WANITA-WOMAN ONLINE MAGAZINE

Kredit : buzznet

Tidak dinafikan ramai wanita yang mencecah usia 30an mula gelisah dengan tanda-tanda penuaan di kulit.Tanda-tanda penuaan kulit mula kelihatan dengan munculnya lingkaran hitam di bawah mata, garis-garis halus di hujung mata dan bibir serta warna kulit yang tidak sekata dan kering.

Melangkah masuk ke usia 30an, biasanya kulit akan terasa lebih kering dan mula kelihatan kusam. Ini adalah kerana disebabkan kecepatan tubuh mengeluarkan sel-sel kulit baru mula bergerak secara perlahan-lahan.Masalah penuaan kulit pada usia 30an ini tidak boleh hindari, tetapi anda boleh menjaga kecantikan wanita yang anda miliki itu dengan cara merawatnya bagi mempertahankan kesihatan dan kecantikan kulit.

Berikut beberapa tips kecantikan wanita berumur 30 tahun ke atas:

  1. Atasi Masalah Kulit Mengendur

Regenerasi sel kulit pun akan sedikit menurun keanjalannya.Yang paling ketara, kulit nampak mengendurnya di beberapa bahagian anggota tubuh seperti lengan dan paha. Malahan, sel kulit mati pun juga susah untuk tanggal dengan sendirinya. Untuk mencegahnya, lakukan perawatan ‘peeling’ atau exfoliating (pengelupasan kulit) dengan produk yang mengandungi ‘citric acid’ secara rutin. Lakukan juga urutan yang dapat merangsang perjalanan darah pada bahagian-bahagian yang mula mengendur itu. Untuk membantu menenangkan kembali kulit, sapukan produk yang mengandungi ‘retinol’ atau ‘AHA’. Selain itu anda juga boleh menggunakan ‘body scrub’, lulur mandi dan ‘body firming gel’.

  1. Pilih Kosmetik Yang Tepat

Ketika memasuki usia 30am, anda perlu lebih selektif dalam merawat wajah dan memilih kosmetik yang sesuai. Gunakan produk kecantikan yang formulanya disesuaikan dengan usia anda. Biasanya memasuki usia 30 tahun, anda di sarankan memilih produk-produk yang memiliki kadar pelembab lebih banyak untuk mengatasi kulit menjadi terlalu kering.Gunakan pelembap yang memiliki kandungan lengkap seperti antioksidan, bahan aktif seperti ‘retinol’ dan ‘AHA’ (untuk regenerasi kulit). Jadi, sebelum anda melakukan aktiviti di luar rumah, pakailah pelembap di wajah dan sapukan juga ‘hand and body lotion’ pada tangan dan kaki. Pancaran sinaran matahari boleh memberikan efek negatif pada kulit dan wajah.

  1. Pakai Krim Malam

Untuk menjaga kesihatan kulit serta kecantikan wanita yang berusia 30an, anda perlu rajin memakai krim malam. Memakai krim malah secara teratur sebelum tidur, akan membuatkan kulit mendapat nutrisi yang boleh memulihkan kulit daripada stress serta mengembalikan kelembapan kulit dan mendorong aktiviti sel bekerja secara optimum di malam hari. Selain itu, pemakaian krim malam bagi kecantikan wanita ini adalah untuk merangsang pengeluaran kolegan dan elastin untuk membuatkan kulit lebih anjal. Mengurangkan tanda penuaan kulit seperti kerepot, garis-garis halus dan bintik-bintik hitam di wajah serta mempercepatkan proses pengantian kulit baru.

  1. Menjaga Emosi

Kesihatan kulit juga bergantung pada emosi anda. Oleh sebab itulah, anda per;u menghindari stress kerana ia boleh mempengaruhi fikiran, tubuh dan menyebabkan penuaan semulajadi. Mudah marah juga boleh membuatkan kulit abda berkerepot dan kusam. Untuk menghindari stress, anda perlu rehat dan cukup tidur.

  1. Pengambilan Makanan Bernutrisi

Makanan sangat penting untuk menjaga kesihatan kulit dan wajah. Pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C seperti buah oren, jambu, kiwi, mangga dan melon dikatakan dapat menghalang proses penuaan semulajadi. Selain itu, sayuran hijau seperti bayam sangat elok untuk meremajakan kulit wajah. Pengambilan ikan terutama ikan yang mengandungi Omega 3 seperti tuna, salmon, tenggiri dan kembung dapat mencegah kerosakan kulit.

  1. Kurangkan Tahap Kolesterol Jahat

Untuk mengurangkan tahap kolesterol jahat, anda disarankan pengambil makanan yang mengandungi asid lemak jenuh tunggal seperti almond, oatmeal, pasta, roti, coklat, bijan dan kuaci labu. Lemak ini dikatakan dapat melindungi anda daripada penyakit jantung, menurunkan gula darah dan tekanan darah. Selain itu, juga boleh meningkatkan pembentukan sel daran dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

<< Ketahui cara berkesan untuk menghilangkan bulu kaki di sini.

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Sebab Tak ‘Best’ Bila Anda Berpayudara Besar

Next post

ASEAN Perlu Laksanakan Prosedur Operasi Standard

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *