CantikRambut

Jangan Salah Pilih Sikat Rambut!

Sikat Rambut - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 3.bp

Sikat Rambut. Mempunyai rambut yang kemas setiap saat tentunya menyenangkan hati ramai wanita. Menyikat rambut adalah salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang kemas atau rapi.

Di samping itu, menyikat rambut juga baik untuk kesihatan rambut, selain dapat melancarkan perjalanan darah pada kulit kepala.Tapi, adakah anda yakin cara anda menyikat rambut anda itu betul?  Salah sikat rambut juga boleh membuatkan rambut anda menjadi rosak.

  1. Bagi anda yang memiliki rambut panjang atau rambut yang beralun dan keriting, sebaiknya gunakan jari anda dahulu untuk merapikan rambut. Rapikan bahagian hujung-hujung rambut terlebih dahulu. Ia bertujuan untuk mencegah kerosakan rambut ketika anda menyikat rambut anda.

 

  1. Agar rambut mudah disikat, sebaiknya anda membahagikan rambut anda menjadi beberapa bahagian. Selepas itu, barulah anda sikat rambut.

 

Baca Juga:  Masalah Rambut Beruban

 

  1. Supaya rambut tidak mudah rosak sebaiknya anda menggunakan sikat yang bergigi jarang, terutama bagi anda berambut panjang atau keriting.

 

  1. Jangan terlalu kuat menekan kepala anda ketika anda menyikat rambut. Ia boleh menyebabkan kulit kepala anda terluka dan menyebabkan pengeluaran peluh yang berlebihan sehingga menyebabkan munculnya kelemumur.

 

  1. Gunakan sikat rambut jenis pipih dan panjang. Ia dapat membantu mengatasi rambut anda yang kusut.

 

  1. Jangan sikat rambut dalam keadaan basah kerana ia membuatkan struktur rambut anda menjadi rapuh dan mudah patah. Sebaiknya keringkan terlebih dahulu rambut menggunakan tuala kering sebelum menyikatnya.

 

Baca Juga: Kebaikan Serum Rambut

 

  1. Lakukan Dengan Satu Tarikan. Sikatlah rambut, mulakan dari akar hingga hujung rambut dalam satu tarikan. Ia berfungsi untuk meratakan minyak semulajadi rambut agar boleh sampai ke hujung rambut supaya tidak bercabang atau rapuh.Uraikan bahagian rambut yang kusut. Rambut kusut menandakan ada kotoran yang melekat pada rambut Anda. Jadi, sebab itulah jika ada bahagian rambut yang kusut, sikatlah terlebih dahulu. Menyikat rambut yang kusut boleh menghilangkan kotoran yang melekat.

 

  1. Jangan sikat rambut sebelum tidur.Jika selama ini anda sudah terbiasa menyikat rambut sebelum tidur, anda dinasihatkan untuk menghentikan tabiat tersebut. Menyikat rambut sebelum tidur hanya akan menimbulkan stimulasi terhadap pengeluaran sebum dan boleh merosakan rambut serta membuatkan rambut anda menjadi rapuh.

 

Info Ekstra!

Hindari  mencuci rambut dengan menggunakan air panas kerana ia hanya akan membuatkan rambut anda menjadi terseksa dan rosak. Basuh dan bilaslah dengan air sejuk biasa agar akar rambut tidak kehilangan nutrisi.

 

SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui jenis-jenis vitamin yang bagus untuk rambut anda di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Cara Buat Bilik Tidur Jadi Lebih Selesa

Next post

Semak 5 Perkara Yang Mempengaruhi Kesuburan Wanita

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *