CantikKulit

10 Petua Cantik, Sekitar Mata Tak Berkedut

Petua Cantik - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: cafefoni

Petua Cantik. Tentu anda nak tahu petua cantik, sekitar mata tak nampak berkedut, kan. Baca artikel ini sampai habis ya…

Kulit di sekeliling mata mempunyai lapisan yang sangat nipis dan mengandungi sedikit kelenjar minyak. Akibatnya, kulit di bahagian tersebut menjadi lebih sensitif dan mudah terdedah kepada masalah dehidrasi ataupun kedutan.Apa sahaja yang anda lakukan, biarpun kecil tetapi  boleh merangsang munculnya tanda-tanda penuaan semulajadi pada mata.

Selain berfungsi sebagai indera penglihatan, mata juga dapat mempengaruhi kesan wajah dan penampilan seseorang secara keseluruhannya. Mata merah membuatkan penampilan seperti orang sakit. Begitu juga dengan lingkaran hitam di bawah mata, membuat wajah nampak tua. Jadi, sebab itulah menjaga keindahan mata sangat penting.

Untuk menjaga keindahan mata anda, pastikan anda cuba petua cantik , mata tak kedut ini.

  • Petua Cantik Mata Yang Pertama

Biasakan memakai kacamata gelap yang mengandung anti UV ketika berada di bawah cahaya matahari. Selain merosak kolegen dalam kulit, gerakan mengerutkan mata ketika anda berasa silau juga turut merangsang timbulnya kedutan halus. Ambil perhatian ya!

 

  •  Petua Cantik Mata Yang Kedua

Selalu memakai krim anti matahari yang mengandung anti UVA dan UVB. Sapukan krim tersebut secara merata ke kawasan mata, atau gunakan krim anti matahari khusus untuk bahagian mata.

 

  • Petua Cantik Mata Yang Ketiga

Memakai krim mata yang mengandung anti-aging dan anti-oksidan ‘wajib’, terutama bagi wanita yang sudah berusia lebih daripada 30 tahun, dan lebih baik lagi jika langkah ini anda mulakan lebih awal.

 

  • Petua Cantik Mata Yang Keempat

Senyum dan ketawa adalah ekspresi wajah yang juga memberikan sumbangan pada terbentuknya kedutan. Ia tentu tidak dapat dihindari, namun anda boleh mengurangkan gerakan mengerenyit dan mengecilkan mata.

 

  • Petua Cantik Mata Yang Kelima

Gunakan dua bantal ketika tidur. Posisi kepala lebih tinggi akan membantu menghindari cecair terperangkap pada sekitar mata. Selain itu, biasakan diri untuk tidur dalam keadaan terlentang kerana ia membantu menghindari kedutan di bahagian mata.

 

  •  Petua Cantik Mata Yang Keenam

Pengambilan buah-buahan adalah salah satu cara melawan penuaan semulajadi yang sangat efektif. Buah mengandungi vitamin C dan anti oksidan yang sangat diperlukan oleh kulit.

 

Baca Juga: Solekan Muka Berjerawat

 

  • Petua Cantik Mata Yang Ketujuh

Lakukan perawatan kulit sehari-hari dengan teratur, bermula dari cara anda  membersihkan wajah dengan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit, pemakaian serum dan pelembab sehinggalah perawatan mingguan seperti memakai masker dan pengelupasan (skrub).

 

Baca Juga: 7 Cara Hilangkan Jeragat

 

  • Petua Cantik Mata Yang Kelapan

Perlakukan kulit dengan lembut. Menggosok atau mengusap kulit wajah dan sekitar mata dengan kasar ketika sedang membersihkan atau mengaplikasikan krim perawatan juga boleh mengundang kedutan. Begitu juga dengan gerakan menggosok-gosok mata.

 

  •  Petua Cantik Mata Yang Sembilan

Rajin bersenam memperlambat kemunculan penuaan semulajadi. Malah, ia turut membuatkan penampilan anda nampak lebih segar dan muda. Senaman ringan seperti  berjoging membantu menjaga kesihatan dan juga melancarkan perjalanan darah sehingga kulit terhindar daripada penggumpulan cecair yang menyebabkan pembengkakan.

 

  • Petua Cantik Mata Yang Kesepuluh

Hindari stres dengan selalu berfikiran positif dan memikirkan perkara-perkara yang membuat anda bahagia. Di samping itu, lakukan hobi atau hal-hal yang disukai untuk membuat diri anda menjadi lebih bahagia.

 

Info Ekstra!

Pertambahan usia adalah satu perkara yang tidak dapat dihindari. Kulit di sekeliling kawasan mata menjadi semakin mudah mengalami kekeringan. Masalah ini bukan hanya terjadi pada wanita, lelaki pun turut mengalaminya. Jadi, terimalah diri anda seadanya dengan pertambahan usia yang tak mampu untuk kita semua hindari.

<< Ketahui beberapa makanan sihat untuk diet yang wajib anda nikmati di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Macam Mana Nak Elak ‘Bocor’ Darah ‘Period’?

Next post

10 Khasiat Buah Durian Belanda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *