CantikRambut

Matahari Musuh Setiap Helaian Rambut?

Penyebab Rambut Kering - woman online magazine

Kredit : clear

Tahukah anda sinaran matahari adalah musuh bagi setiap helaian rambut anda. Rambut yang sering terkena sinaran matahari akan mengalami kekeringan.

Sinaran matahari adalah penyebab utama rambut kering. Sungguhpun begitu, masih anda beberapa faktor lain yang dikatakan turut menjadi penyebab rambut kering.

  1. Menghidap Penyakit

Antara penyakit yang boleh menjadi penyebab rambut kering, rosak dan sebagainya adalah ‘anorexia nervosa’. Inilah penyakit yang menjadi penyebab rambut kering kerana ia membuatkan tubuh kekurangan pelbagai mikronutrisi yang diperlukan oleh rambut.

  1. Produk Perawatan Rambut

Kebanyakan produk perawatan terutama rambut banyak mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh membuatkan rambut kering.Selain itu, elakkan terlalu kerap mewarna rambut dan menggunakan alat pengering rambut yang berlebihan.

  1. Berenang

Air kolam renang dikatakan mengandungi klorin yang boleh membuatkan rambut anda mudah kering dan kusut.

 

Cara Merawat Rambut Kering

  • Madu

Madu mempunyai kandungan yang dapat melembutkan rambut secara semulajadi. Ambil dua sudu makan madu dan campurkan dengan tiga cawan air, kacau hingga sebati. Kemudian lumurkan merata keseluruhan rambut anda. Biarkan selama setengah jam, kemudian barulah dibersihkan serta dibilas sehingga bersih.

 

Khasiat lemon juga boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah rambut kering. Ambil dua sudu makan air perahan lemon, kemudian campurkan dengan satu sudu makan madu. Kacau hingga sebati dan sapukan ia ke seluruh rambut secara merata. Biarkan selama sejam, kemudian bilaslah dengan air bersih.

 

Salah satu cara untuk meawat rambut kering adalah dengan menggunakan minyak kelapa, minyak bunga matahari ataupun minyak almond.Minyak semulajadi tersebut sanagat efektif untuk meningkatkan kelembutan rambut serta kehalusan rambut. Rambut anda akan selamat daripada masalah rambut kering.

<< Ketahui cara berkesan merawat rambut bercabang di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wajib Baca! 4 Bahaya Menanti Bila Anda Makan Malam Sebelum Tidur

Next post

Festival Topeng Antarabangsa Malaysia 2015 Bermula Ogos Ini

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *