CantikKulit

Misi Cerahkan Badan Dengan Produk Pemutih Kulit Semulajadi Yang Dijamin Selamat

pemutih kulit - wom.my

Kredit : skinwhite

Untuk mencerahkan dan memutihkan kulit ternyata anda boleh melakukannya sendiri di rumah. Ini bermakna, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar dan mahal untuk mendapatkan kulit yang cerah dan sihat.Bahan-bahan semulajadi boleh dijadikan produk pemutih kulit.

Berikut beberapa bahan semulajadi yang boleh mencerahkan dan memutihkan kulit anda:

Almond & Madu

Campuran kedua bahan ini membantu melembapkan kulit. Gunakan produk pemutih kulit almond dan madu ini sebagai masker dengan  menambahkan sedikit susu, satu sudu teh madu, satu sudu teh jus lemon dan satu sudu teh minyak almond. Biarkan mengering di wajah selama 15 minit dan kemudian bersihkan.

Perahan Lemon

Perahan lemon adalah produk pemutih kulit yang menjanjikan kulit bercahaya dan sihat.Selain itu, perahan lemon  juga mampu mengurangkan penuaan semulajadi, bintik-bintik hitam dan masalah garis-garis halus.Lemon memainkan peranan sebagai bahan pemutih kulit semulajadi  kerana mengandungi vitamin C,asid dalam lemon juga membantu proses pemutihan kulit.

Kentang

Kentang boleh digunakan untuk menghaluskan dan memutihkan kulit. Caranya cukup mudah, parut kentang dan campurkan dengan satu sudu teh madu. Sapukan pada wajah dan leher yang telah dibersihkan. Biarkan selama lebih kurang 20 minit, kemudian barulah dibilas dengan air. Ramuan kentang ini dapat di gunakan untuk setiap jenis kulit.

Limau Nipis & Putih Telur

Putih telur mampu menegangkan kulit, mencerahkan dan memutihkan warna kulit. Campurkan putih telur dan air perahan limau nipis. Gunakan sebagai masker, sapukan pada wajah dan biarkan sampai kering selama 5 –10 minit. Setelah itu, barulah basuh wajah anda dengan menggunakan air sejuk. Hasil yang berkesan boleh anda rasakan setelah beberapa kali melakukan perawatan menggunakan ramuan yang diperbuat daripada campuran putih telur dan air perahan limau nipis.

Beras

Tahukah anda beras juga boleh digunakan untuk dijadikan masker semulajadi pemutih kulit. Caranya, rendam segenggam beras dengan air bersih selama semalaman. Keesokan harinya angkat beras tersebut lalu toskan.Setelah itu, blender beras tersebut sehingga halus. Kemudian sapukan pada seluruh kulit tubuh anda secara merata dan lakukan 3 kali seminggu.

<< Miliki kulit lebih halus dan lembut dengan khasiat bunga lily di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Nikmati Keenakan Aiskrim La Cremeria® Yang Serba Baharu

Next post

Kekal Harum Sepanjang Ramadan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *