CantikDietSihat

Jom Turunkan Berat Badan Dengan “Lemak Baik”

Pemakanan Untuk Diet - women online magazine (1)

Ramai yang mengatakan lemak adalah nutrisi yang harus dielakkan dalam jadual pemakanan untuk diet.

Lemak bukan sahaja dianggap musuh utama yang boleh membuatkan seorang itu mengalami kelebihan berat badan, bahkan turut mengundang pelbagai gangguan kesihatan. Namun, tahukah anda bahawa tidak semua lemak jahat dan perlu dihindari?

Ini adalah kerana menurut kajian yang terdapat dalam British Journal of Nutrition, orang yang mengambil sarapan pagi dengan makanan berkarbohidrat tinggi membuatkan sel-sel otot mereka lebih sukar untuk membakar lemak.  Ini bermakna dengan menerapkan pemakanan untuk diet yang betul seperti diet rendah karbohidrat, tinggi protein dan cukup lemak sihat adalah langkah paling bijak bagi anda yang benar-benar mahu menurunkan berat badan. Tidak semua lemak jahat, lemak baik sebenarnya turut membantu menurunkan lemak jahat dalam tubuh.

Jom, semak beberapa jenis pemakanan untuk diet menjadi sumber lemak sihat yang perlu disenaraikan dalam diet anda untuk membantu menurunkan berat badan.

Pemakanan Untuk Diet - women online magazine (3)

1.Minyak Zaitun

Minyak zaitun memiliki banyak khasiat, salah satunya menjaga kesihatan jantung. Minyak zaitun boleh dijadikan pilihan terbaik ketika anda memasak, sebagai pengganti minyak goreng(minyak kelapa), mentega ataupun marjerin.

Pemakanan Untuk Diet - women online magazine (4)

2. Ikan Tuna, Ikan Salmon & Ikan Sardin

Ketiga jenis ikan ini termasuk dalam pemakanan untuk diet kategori  lemak sihat. Sangat sesuai dijadikan menu pilihan lauk bagi anda yang sedang dalam proses menurunkan berat badan. Cara memasak yang disarankan ialah dipanggang atau dibakar. Ikan tuna, salmon dan sardin ini yang memiliki kandungan asid lemak Omega 3, mampu mengawal tekanan darah, mengurangi pembekuan darah serta menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Jadi, jangan lupa memasukkan ikan jenis tersebut dalam senarai pemakanan untuk diet anda ya!

Pemakanan Untuk Diet - women online magazine (2)

3. Kacang-Kacangan

Kacang dapat membantu mengurangi kadar kolesterol jika dimasukkan sebagai sebahagian daripada senarai pemakanan untuk diet anda sehari-hari.  Kacang-kacangan juga memiliki fungsi yang baik untuk tubuh. Ia mampu menurunkan kadar kolesterol jahat dalam tubuh, antaranya kacang tanah, hazelnut, almond dan gajus.

Kredit foto: talkandspoonoceanwide-seafoodoliveoilexcellencepolimoli

<< Ketahui tips kecilkan perut yang semakin buncit di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Punca Kelenjar Tiroid

Next post

Rasai Sendiri Keseronokan Bercuti Di A Farmosa Waterworld

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *