CantikSolekan

5 Cara Mudah Dapatkan Bentuk Kening Cantik

Bulu Kening - Woman Online Magazine

Kredit: hercampus

Kening Cantik. Siapa tak mahu, kan? Apatah lagi, kening merupakan salah satu bahagian penting untuk tatarias wajah.

Bentuk kening cantik dan sempurna sempurna boleh membuatkan penampilan anda nampak lebih menarik.

 

Berikut lima trik yang boleh anda praktik untuk membuatkan kening anda nampak lebih cantik dan kemas.

 

  1. Pastikan Bentuk Kening Sesuai Dengan Karakter Wajah Anda

Jika sebelum ini anda sama sekali tidak pernah merapikan kening anda, ada baiknya anda meminta mekap artis atau pakar kecantikan melakukannya.Selepas itu barulah anda boleh melakukan proses penjagaan setelah merapikannya.

 

  • Setentangkan penggaris plastik pada bahagian luar hidung. Berikan tanda pada hujung bahagian dalam kening yang seharusnya berada pada garis di luar hidung anda.

 

  • Gerakkan penggaris ke arah garis rambut dan temukan titik paling hujung daripada penggaris

 

  • Cabut kening yang berada di luar kawasan yang sudah anda temui tadi. Agar tidak terlalu nipis, cabut kening hanya pada bahagian bawah sahaja.

 

  1. Gunting Kening

Selain mencabut kening, anda juga boleh mengunting atau trimming kening untuk merapikannya. Sikat dengan berus maskara yang sudah tidak digunakan lagi dan trim bulu-bulu kening yang panjangnya melebihi kawasan kening dengan menggunakan gunting kecil.

 

  1. Jangan Cukur Terlalu Banyak

Kening yang paling cantik adalah kening yang kelihatan penuh dan semulajadi. Ramai wanita yang merapikan keningnya dengan cara mencukur kening sehingga ‘togel’ dan susah untuk tumbuh semula.

 

  1. Warna Kening

Jika anda mewarnakan rambut, anda perlu perhatikan warna kening anda. Pastikan agar warna kening tidak lebih terang atau lebih gelap daripada warna rambut anda.

 

  1. Pilih Alat Solek Yang Tepat

Anda boleh menggunakan pensil kening untuk mencipta bentuk kening yang menarik walaupun hanya untuk sementara waktu.Pilihlah yang mudah untuk digunakan dan pastikan anda tidak mengaplikasikannya terlalu tebal sehingga membuatkan kening anda kelihatan tidak natural dan menyatu dengan keseluruhan solekan wajah anda.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Ketahui cara betul atau tepat memakai concealer di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Khasiat Epal Hijau

Next post

Tips Pilih Cincin Kahwin Untuk Hari Bahagia Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *