CantikDietSihat

5 Menu Diet Untuk Kurus Yang Perlu Anda Beri Perhatian

Menu Diet Untuk Kurus - women online magazine

Kredit Foto: lifeworkskcwl

Menu Diet Untuk Kurus.Jika mahu mendapat tubuh ideal, buatlah jadual menu diet untuk kurus.

Cuba variasikan menu diet anda supaya anda tetap sihat dan segar sepanjang proses diet tersebut. Minum air putih sebaik sahaja bangun tidur di pagi hari adalah menu diet yang paling baik. Minumlah sebanyak empat gelas air putih kerana ia akan membantu melarutkan sisi-sisa makanan di dlama perut. Sejam selepas itu barulah anda bersarapan pagi.

 Jom semak Menu Diet Untuk Kurus yang perlu anda berikan perhatian.

1. Katakan “Tidak” Kepada Makanan Berlemak

Selain itu anda juga perlu menghindari memakan makanan yang berlemak pada waktu malam. Cuba menggantikannya dengan makan-manan yang mengandungi banyak protein. Ini adalah kerana protein akan membuatkan anda berasa kenyang lebih lama berbanding karbohidrat yang hanya akan menambah lemak.

 

Baca Juga: Diet Protein

 

2. Jauhi Makanan Segera & ‘Junk Food’

Di samping itu juga, anda perlu menjauhi segala makanan segera atau ringan yang sememangnya menjadi musuh utama kepada anda yang ingin kurus.  Sebaliknya anda disarankan memilih makanan yang rendah lemak serta menyihatkan tubuh badan.

 

3. Lupakan Minuman Kegemaran Berkalori!

Hindari juga kalori yang terdapat dalam minuman kegemaran anda. Ini adalah menu diet untuk kurus yang paling mudah. Anda hanya perlu menggantikan minuman manis seperti teh ais,milo atau soft drink dengan air yang bebas daripada gula.

 

4. Batasi Pengambilan Buah-buahan Manis!

Ketika berdiet, pengambilan buah-buahan adalah sesuatu yang wajib. Tetapi, anda tetap perlu menghindari menikmatinya secara berlebihan. Buah-buhan bagus untuk kesihatan kerana kaya dengan vitamin,meningkatkan daya ketahanan tubuh, menghilangkan racun daripada dalam darah, menyeimbangkan tekanan darah dan sebagainya. Meskipun ia mengandungi banyak vitamin dan mineral, ada di antara buah-buahan tersebut mengandungi kalori yang boleh membuatkan anda gemuk!

 

Baca Juga: Jus Sayur Dan Buah

 

5. Usah Menolak Sayur-Sayuran!

Karbohidrat ubi kentang lebih rendah berbanding dengan nasi. Ubi kentang mengandungi nutrisi seperti zat besi,magnesium, betakaroten,potasium dan juga beberapa vitamin seperti vitamin C, vitamin dan vitamin  E. Selain itu, sayur labu juga memiliki kandungan karbohidrat yang kaya dan boleh dijadikan makanan alternatif pengganti nasi. Manakala kacang buncis pula memiliki kandungan serat yang sangat tinggi, vitamin E dan vitamin C yang sememangnya sesuai dijadikan menu diet untuk kurus.

 

Tips Ekstra!

Curi Sedikit Masa Untuk Bersenam

Senaman ringan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan membakar banyak kalori. Anda tidak memerlukan peralatan fitness yang mahal. Anda mungkin boleh berjogging di sekitar kawasan perumahan anda sambil menikmati pemandangan di sekitarnya. Murah, mudah dan cukup menyenangkan!

Selain itu, anda juga boleh berenang. Senaman air ini dikatakan mampu menurunkan berat badan dan mengusir beban stress yang ada pada sendi tubuh.

 

Baca Juga: Pecahkan Lemak Dengan Berenang

 

Senaman beban boleh juga dipraktik untuk meningkatkan stamina dan kitaran tubuh secara menyeluruh. Senaman beban turut membantu membakar penggumpulan lemak menjadi energi dan membentuk otot, sekaligus menurunkan berat badan.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Diet Sederhana tetap bantu anda untuk menguruskan badan. Baca di sini

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Tips Sembuhkan Sakit Sendi Lutut

Next post

Rahsia Kenikmatan Ciuman Panas Suami Isteri

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *