CantikKulit

Cantik Dengan Masker Telur

Telur - Woman Online Magazine

Kredit: bp

Masker Telur. Pernahkah anda mencubanya? Jika belum, anda kena cuba kerana ada banyak khasiat masker telur untuk kecantikan wajah.

Tak kira masker putih telur ataupun masker kuning telur, kedua-duanya punya khasiat tersendiri. Jika mahu mengecilkan pori-pori serta memiliki wajah yang lebih licin dan cerah, jangan ragu-ragu untuk memakai masker putih telur. Di samping itu, masker putih telur juga boleh mencerahkan dan menegangkan kulit wajah.

Masker Putih Telur

Cara membuat masker putih telur mudah sahaja. Asingkan putih telur dari kuning telur. Kemudian pukul putih telur dengan menggunakan garpu sehingga berbuah. Pastikan buihnya kental dan sapukan pada wajah.

Pastikan wajah anda telah dibersihkan terlebih dahulu. Biarkan beberapa minit sehingga lapisan masker tersebut kering dan tegang. Setelah itu, bersihkannya dengan menggunakan air suam dan tuala muka. Gunakan ais batu untuk menutup pori-pori wajah.

 

Baca Juga: Masker Kentang

 

Masker Kuning Telur

Manakala bagi anda yang mempunyai masalah muka kering atau berminyak, ternyata masker kuning telur mampu mengatasinya. Ia sangat bermanfaat untuk melembabkan serta menghaluskan kulit wajah.Cara membuat masker kuning telur, asingkan putih telur dari kuning telur. Gunakan garpu untuk memecahkan bahagian kuning.

 

Baca Juga: Kebaikan Serum Wajah

 

Kemudian aplikasikannya secara merata di wajah. Biarkan beberapa minit sehingga kering dan tegang. Bersihkannya dengan menggunakan tuala lembut dan air suam. Anda akan dapat merasakan kulit wajah anda menjadi lebih lembut dan halus seketika.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui cara mudah untuk menghilangkan bulu kaki di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Punca Suami Takut Bini!

Next post

Senaman Untuk Kurus Dengan Cepat Dan Berkesan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *