CantikKulit

4 Cara Berkesan Selesaikan Masalah Ketiak Hitam

selesaikan masalah ketiak hitam - women online magazine

Kredit Foto: ma7room 

Masalah Ketiak Hitam.Kulit ketiak yang hitam atau sedikit gelap boleh membuatkan seorang wanita itu hilang keyakinan diri.

Ketiak adalah bahagian tubuh wanita yang memerlukan penjagaan ekstra.Kulit ketiak yang cerah dan licin menjadi idaman ramai wanita. Masalah ketiak hitam boleh mencacatkan penampilan, terutamanya ketika anda mahu memakai pakaian yang tidak berlengan.

Apakah yang menyebabkan masalah ketiak hitam atau gelap ini wujud?

Setelah mengetahui apa penyebabnya, anda mungkin mahu memutihkan atau mencerahkan kembali ketiak anda yang hitam itu.

Antara Penyebab Ketiak Menjadi Hitam;

1. Sering mencukur dan mencabut bulu ketiak

Sewaktu anda mencabut atau mencukur bulu-bulu ketiak, bahagian pangkal yang masih tersisa sering membuatkan ketiak anda kelihatan lebih gelap. Mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan folikel bulu-bulu ketiak itu membesar, sehingga ketiak anda menjadi kasar. Manakala mencabut atau menarik akar rambut (bulu ketiak), bakal meninggalkan kesan luka ataupun bengkak.

 

2. Sel kulit mati

Warna hitam pada ketiak juga boleh disebabkan kerana sel kulit mati yang  terdapat pada lekukan tubuh anda. Lebih-lebih lagi jika anda kerap menggunakan pakaian ketat. Gesekan antara material dan ketiak boleh membuatkan kulit boleh membuatkan kulit ketiak anda menjadi gelap.

 

3. Hormon

Peningkatan hormone estrogen dan progesterone boleh menyebabkan ketiak kelihatan lebih hitam. Perkara ini sering terjadi pada wanita yang sedang hamil dan perubahan tersebut jelas kelihatan hingga ke akhir masa kehamilan.

 

4. Bahan kimia

Bahan kimia seperti merkuri yang terkandung dalam  deodorant jenis roll-on boleh menyebabkan ketiak menjadi hitam.

 

Jalan Penyelesaian Masalah Ketiak

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda praktik untuk memutihkan atau mencerahkan kembali ketiak anda yang hitam itu. Antara cara semulajadi yang paling efektif;

1. Lemon

Ternyata manfaat lemon bukan setakat untuk mencerahkan kulit wajah. Malahan, lemon juga boleh membantu mencerahkan kembali ketiak yang hitam. Lemon kaya dengan vitamin C dan antioksidan, sehingga membantu meregenerasi sel kulit di ketiak serta mengembalikan warnanya menjadi lebih cerah.

Di samping itu, lemon juga adalah bahan pemutih semulajadi yang selamat digunakan pada kulit tubuh. Lemon juga berfungsi sebagai antiseptik dan anti bakteria sehingga mampu merawat ketiak dan mencegah jangkitan kuman.

Potong lemon menjadi beberapa bahagian. Kemudian gosokkan pada permukaan kulit ketiak, setelah itu bilas dengan air. Lakukan secara rutin, dijamin kulit ketiak anda semakin cerah.

 

Baca Juga: Kebaikan Jus Lemon

 

2. Mentimun

Mentimun merupakan salah satu bahan yang sering digunakan untuk kecantikan. Selain dijadikan sebagai penyegar wajahd an mata, mentimun juga boleh dijadikan masker ketiak.

Hancurkan mentimun, kemudian sapu pada kulit ketiak yang berwarna gelap. Biarkan selama lebih kurang 15 minit, bilas dan bersihkan dengan tuala.

 

Baca Juga: Khasiat Mentimun

 

3. Kentang

Kentang juga boleh memutihkan dan mencerahkan ketiak. Cara untuk membuatnya juga cukup mudah, hancurkan sebiji kentang. Jadikannya seperti masker, kemudian aplikasikan pada kulit ketiak. Lakukan secara rutin, masker kentang ini boleh membantu memutihkan serta menghaluskan kulit ketiak anda.

 

Baca Juga: Rahsia Kurus Dengan Ubi Kentang

 

4. Yogurt & Kunyit

Campurkan yogurt  dan kunyit. Jadikannya berbentuk scrub dan gunakan pada ketiak yang gelap. Kemudian, biarkan selama 10 minit. Campuran ini merupakan ‘bleaching’ semulajadi bagi ketiak dan bakal mencerahkan kembali kulit ketiak anda yang gelap itu.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Jika kamu mempunyai gigi yang berwarna kuning, jangan berasa rendah diri. Ketahui rahsia memutihkannya di link ini

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Penyebab Perut Lapar Walaupun Baru Sejam Makan

Next post

1001 Khasiat Air Beras

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *