CantikSolekan

Sila Ambil Tahu! Lipstik Untuk Bibir Kering

Lipstik Untuk Bibir Kering - Woman Online Magazine

Kredit Foto: subtle-enhancement

Lipstik Untuk Bibir Kering. Lipstik merupakan salah satu produk kecantikan yang sangat penting untuk memberikan warna bibir yang segar dan berseri.

Namun, ramai di antara kita yang mengalami masalah bibir kering dan membuatkan lipstik yang dipakai nampak tidak rata dan cantik. Malahan, ada ketikanya seperti ‘berkerak’!

Untuk mengatasinya, ada beberapa tips pemakaian lipstik untuk bibir kering yang betul dan boleh anda praktik. Jom, semak!

 

  1. Hilangkan kulit kering yang ada pada bibir anda dengan menggunakan madu asli. Biarkan selama 7 minit dan kemudian, lap bibir anda dengan menggunakan tisu. Hasilnya, bibir anda akan terasa lebih lembut dan kenyal.

 

  1. Anda boleh juga sapukan sedikit foundation pada bibir supaya bibir anda nampak lebih rata. Teknik ini juga sangat berguna untuk anda yang mempunyai bibir gelap.

 

  1. Setelah bibir anda menjadi lembut, barulah anda sapu dengan lipblam dan biarkan selama 10 minit. Selepas 10 minit berlalu, barulah anda pakai lipstik. Ia akan membuatkan bibir anda menjadi lebih lembab dan warna lipstik pun akan melekat dan tahan lebih lama.

 

  1. Anda yang mempunyai bibir kering disarankan, menyapu lipstik dengan menggunakan berus lipstik bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna. Anda yang berbibir kering juga tidak disarankan menggunakan warna lipstik yang terlalu terang kerana ia boleh menyerlahkan lagi keadaan garis-garis pecah atau menggelupas pada bibir anda itu.

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Ketahui punca terjadinya bintik hitam di wajah di sini.

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Popia Basah

Next post

4 Cara Melegakan Sakit Belakang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *