CantikSolekan

Serlahkan Kecantikan Semulajadi Anda Dengan Lipstik Nude

Lipstik Nude - Women Online Magazine

Foto: mylucitedreams

Semua wanita di dunia ini pasti ingin kelihatan cantik semulajadi. Adakalanya sentuhan mekap diperlukan untuk menampilkan wajah yang lebih menarik dan segar.

Lipstik berwarna nude adalah pilihan yang tepat jika ingin menciptakan kesan kecantikan semulajadi. Jika anda mahu menggunakan warna nude, pastikan mekap mata dan wajah mengimbangi. Begitu juga dengan pemilihan pakaian supaya wajah anda kelihatan segar dan tidak nampak pucat. Apa yang harus anda lakukan supaya lipstik nude mampu menyerlahkan kecantikan semulajadi anda. Nak tahu, baca di sini!

  • Scrubbing Bibir

Lipstik dengan warna ini akan tampil lebih memukau jika diaplikasikan pada bibir yang lembut. Ia dapat menghindari efek bibir kering dan pecah-pecah ketika mengenakannya. Jika ingin mendapatkan kesan yang sempurna, lakukan srubbing bibir terlebih dahulu sebelum memakai lipstik nude. Scrubbing bibir mampu menyingkirkan bibir kering dan sel kulit mati.

  • Gunakan Primer

Setelah melakukan scrubbing bibir, gunakan lip balm untuk melembabkan bibir. Langkah selanjutnya, gunakan foundation sebagai lip primer yang berfungsi sebagai asas mekap pada bibir. Pilihlah yang sesuai dengan warna kulit. Teknik ini berguna untuk membuat warna lipstik lebih tahan lama.

Pilih lipstik nude yang memiliki shading tepat. Jika kamu memiliki warna kulit yang cenderung pucat, soft pink atau peach boleh menjadi pilihan tepat. Bagi pemilik kulit gelap, pilih yang memiliki shading ke arah coklat. Warna yang tepat dapat membuat penampilan anda lebih menyerlah.Lipstik warna ini sangat sesuai diberikansentuhan akhir seperti efek semi matte ataupun glossy. Namun, hindari menggunakan sentuhan full glossy kerana boleh membuatkan penampilan anda nampak

berlebihan.

Seimbangkan warna nude ini dengan efek warna ‘hangat' pada solekan lain di bahagian wajah anda. Misalnya, pilih blush on atau pemerah pipi yang memiliki tone menjurus pada warna soft pink atau oren Selain itu, berikan efek dramatik pada mata dengan bermain efek smokey eyes yang berupaya membuatkan gaya anda nampak lebih menarik.

Kini anda boleh tampil segar dan natural dengan lipstik nude kesayangan anda. Selamat mencuba!

<< Ketahui 7 tips mekap untuk kulit berjerawat di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Semak 9 Tanda Tubuh Anda Memang Stress

Next post

Rahsia Rambut Kerinting Dengan Mudah & Kelihatan Semulajadi Dalam Satu Langkah…

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *