CantikKulit

Penyebab Kulit Kering, ‘Bersisik’ & Gatal

kulit kering dan gatal - women online magazine

Kulit kering, ‘bersisik’ dan gatal boleh membuatkan anda berasa tidak selesa.

Lebih terseksa apabila  anda ‘hang out’ bersama teman-teman. Situasi sebegini tentunya tidak menyenangkan dan boleh buat anda rasa malu serta hilang keyakinan diri. Apatah lagi, apabila ada yang menegurnya serta menyangkakan anda diserang penyakit kulit. Malahan, disebabkan terlalu gatal juga tidur anda yang selama ini nyenyak, kini terganggu!Kulit kering dan gatal selalunya dikaitkan dengan masalah iritasi, namun ada banyak lagi penyebabnya. Jom, semak!

 

Bagaimana Mencegah Kulit Kering Dan Gatal?

 

Tips Mencegah Kulit Kering Dan Gatal

  • Sarung tangan

Gunakan sarung tangan ketika mencuci pakaian atau apa-apa yang berkaitan dengan sabun. Hal ini adalah kerana sabun boleh menyebabkan kulit tangan menjadi kering.

  • Sapukan losyen pelembap selepas mandi

Anda dinasihatkan untuk menyapu losyen pelembap selepas selesai mandi kerana ia akan membantu kulit anda untuk mengumpul kelembapan berpanjangan dan mencegah kekeringan.

  • Minyak ikan

Pengambilan makanan laut seperti ikan boleh membantu mengurangkan kulit kering kerana ikan mempunyai minyak khas yang mengandungi EFA iaitu asid lemak essential. Ia membantu kulit anda dari dehidrasi.

  • Petroleum jelly

Bagi kulit sensitif, anda boleh menggunakan petroleum jelly. Ia sangat lembt pada kulit dan berperanan untuk mengurangkan kulit kering.

  • Oats

Cara paling mudah untu mengurangkan kulit kering ialah dengan menggunakan oats yang ada di rumah anda. Oat mempunyai bahan kimia yang dianggil sebagai avenanthramides yang boleh melawan peradangan dan kemerahan. Anda boleh merendam badan anda bersama oat yang telah dikisar selama 15 minit, kemudian mandi seperti biasa.

Kredit foto: yimg

<< Ketahui punca jeragat tumbuh di wajah serta cara menghilangkannya di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Antara Punca Santau Angin Dihantar...

Next post

Nak Lebih Cantik, Minumlah Jamu! Tapi….

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *