CantikRambut

10 Tip Berkesan Atasi Kulit Kepala Gatal

Kulit Kepala Gatal - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Kulit Kepala Gatal.Walaupun kulit kepala gatal bukan masalah yang berbahaya tetapi jika ia sering berlaku, maka anda perlu peduli!


Mengatasi kulit kepala gatal bukanlah hal yang mudah, biasanya faktor penyebab kulit kepala gatal adalah kerana kelemumur, serangan kutu atau uban. Namun ketahui masalah lain penyebab kulit kepala gatal.

Gatal di kulit kepala jangan digaru kerana boleh menimbulkan luka dan menyebabkan jangkitan. Walaupun rasa gatal membuatkan anda tak tahan untuk menggaru, sebaiknya elakkan hal ini.

 

Mengapa kulit kepala gatal?

1. Alahan

Penyebab kulit kepala gatal adalah berpunca daripada reaksi alahan dari produk penjagaan rambut sehari-hari anda. Misalnya kebiasaan mengeringkan rambut dengan hair dryer atau alat-alat lain yang memberikan panas pada kulit kepala, atau penggunaan semburan yang boleh membuat kulit kepala kering. Elakkan penggunaan hair dryer dengan suhu yang paling panas, terutama apabila rambut anda masih basah, kerana ia dapat membuat kulit kepala anda rosak.

 

2. Faktor cuaca

Berada terlalu lama di kawasan bersuhu dingin atau terlalu panas boleh menyebabkan kulit kepala gatal. Hal ini adalah kerana kulit kepala kurang kelembapan yang diperlukan. Oleh itu, gunalah produk penjagaan rambut yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala.

 

Baca Juga: 6 Petua Rambut Gugur

 

3. Biasanya ketulan atau benjolan pada kulit kepala boleh menyebabkan gatal.

  • Jangkitan kulit (dermatitis)

Masalah dermatitis adalah gatal, keradangan dan nanah yang sering keluar cairan, mengering, dan keruping di atas kulit kepala.

  • Epidermal atau bisul

Bisul, seolah-olah sebiji jerawat kecil tumbuh di bawah lapisan atas kulit kepala. Bisul biasanya mengandungi bahan berminyak semi-pepejal putih. Biji ini boleh gatal dan kadang-kadang menyakitkan. Ia selalunya dirawat dengan pembedahan untuk menghilangkan bisul dengan isinya.

  • Scalp Psoriasis

Ini adalah salah satu keadaan yang boleh mengakibatkan gatal dan berbiji kemerahan. Ia lebih kurang serupa dengan kista epidermal. Hal ini dapat dikenalpasti pada garisan rambut dan jangkitan boleh bermula dari ringan hingga teruk.

  • Folikulitis

Folikulitis merupakan keradangan atau jangkitan satu atau lebih folikel rambut. Hal ini disebabkan oleh bakteria, Staphylococcus aureus. Ia dapat dilihat dari segi warna kemerahan, gatal dan biji yang menyakitkan di atas kulit kepala. Jika tidak dirawat dalam masa terdekat, kawasan yang yang terkena boleh menyebabkan rambut gugur dan rambut mungkin tidak tumbuh kembali.

Seperti bahagian tubuh, kulit kepala juga boleh mempunyai jerawat. Kadang-kadang, folikel rambut tersumbat dengan minyak semula jadi, debris sel, kotoran adalah tempat yang sesuai untuk pertumbuhan mikrob, yang akhirnya menyebabkan jerawat pada kulit kepala dan menyebabkan kegatalan.

  • Kanser

Pertumbuhan kanser dari sel-sel pada kulit kepala boleh menyebabkan pembentukan benjolan kulit dan terasa gatal. Kanser biasanya mempengaruhi bahagian kulit kepala yang tidak tertutup oleh rambutnya.

  • Hives

Hives biasanya terjadi kerana alahan. Ia membentuk beberapa ketulan kecil dan mungkin besar atau ketulan merah tunggal. Hal ini akan menyebabkan kegatalan yang teramat sangat.

  • Penyebab lain

Penyebab  lain yang boleh menimbulkan kulit kepala gatal termasuklah cacar air dan kayap, kudis atau kurap.

 

10 Tips Menghilangkan Kulit Kepala Gatal

1. Minyak Tea Tree

Selain minyak tea tree, syampu bayi diperlukan untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala. Campuran setengah gelas syampu bayi dan 10-20 titik minyak tea tree boleh digunakan setiap hari untuk mencuci rambut. Selain untuk syampu, 2-3 titis minyak tea tree yang dicampur dengan satu sudu makan minyak sayur adalah kombinasi tepat untuk mengurut kulit kepala yang gatal.

 

2. Garam

Garam juga boleh menghilangkan gatal di kulit kepala. Caranya dengan menaburkan garam di kulit kepala kemudian gosok secara halus, lalu diamkan sebentar. Selepas itu bilas dengan air hingga bersih.

 

3. Jus lemon

Dua sudu makan jus lemon adalah penyelesaian semula jadi untuk mengatasi kulit kepala yang gatal. Selepas urut pada kulit kepala, bilas dengan air. Kemudian cuci lagi rambut dengan campuran segelas air dan satu sudu teh jus lemon. Aplikasikan setiap hari untuk hasil yang lebih maksimum.

 

Baca Juga: Khasiat Jus Lemon

 

4. Air Sejuk

Mencuci kepala dengan air panas  akan membuat kulit kepala  kering dan kemudian mengelupas. Dan mencuci kepala dengan air sejuk ini dapat mengembalikan kelembapan pada kulit kepala dan mengurangkan rasa gatal.

 

5. Cuka Sari Buah Epal

Cara murah dan mudah untuk menyembuhkan gatal di kulit kepala adalah dengan menyembur campuran cuka sari buah epal dan air. Urut kulit kepala kemudian bungkus dengan tuala. Biarkan selama 15 minit sebelum membilas rambut hingga bersih.

 

6. Minyak Jojoba

Selain melembapkan, minyak jojoba juga mampu mengurangkan sensasi gatal di kulit kepala. Cukup lakukan urutan halus di kulit kepala dengan minyak jojoba seminggu sekali. Rasa gatal akan perlahan-lahan berkurang.

 

7. Lidah Buaya

Lidah buaya adalah resipi terkini yang boleh menyembuhkan gatal di kulit kepala. Ambil bahagian dalam lidah buaya yang bentuknya seperti gel dan letakkan pada kulit kepala. Biarkan selama 30 minit sebelum membilasnya hingga bersih.

 

8. Avokado &  Pisang

Kulit kepala kering menimbulkan rasa gatal yang tak terhingga. Atasi dengan buah avokado dan pisang yang dicampur sekali. Selepas itu, sapukan pada rambut dan biarkan selama 30 minit sebelum dibilas. Bukan cuma menyembuhkan gatal, ramuan ini juga membuat rambut semakin halus dan bersinar.

 

9. Air Putih

Untuk menjaga kesihatan rambut, anda juga boleh meminum air putih minimum 8 gelas sehari. Jika rutin meminum air dalam jumlah tersebut boleh menjaga rambut agar terhidrat sehingga boleh memperbaiki bahagian tubuh yang kering serta menghilangkan kulit kering yang gatal.

 

10. Baking Soda

Campuran baking soda dan air adalah bahan pertama yang boleh diaplikasikan untuk menyembuhkan rasa gatal di kulit kepala. Sebelum meletakkan baking soda, kulit kepala boleh diberi minyak zaitun terlebih dahulu. Biarkan baking soda selama 10-15 minit sebelum akhirnya dibilas.

 

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini.

<< Nak nampak cantik dan lebih awet muda? Ketahui rahsia gaya rambut pendek di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

6 Tanda Kucing Anda Memang Sakit Mata

Next post

Amalan Menabung Jaminan Masa Depan Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. Sabariah bte abd.Rahman
    October 10, 2014 at 9:43 am — Reply

    Cara yang mudah memutihkan muka..ambil air nasi yg tengah masak sedikit dan sapulah kemuka sambil berselawat 3 kali.Buarkan 10minit kemudian bilas dengan air.

  2. November 27, 2014 at 5:29 pm — Reply

    Kalo kulit kepala gatal..memang tak tergaru. Baru-baru ni diana pun diserang kulit kepala gatal. merenyam-renyam. ingatkan kene jangkitan kutu. sbb anak daraku ada kutu. risau dah takut2 kutu dah terbang kat kepala. bila sikat gune sikat kutu..nasib x de kutu. lege tang situ. akhirnya diana gunting rambut jdk pendek, skrg dah tak gatal dah. pastu tukar shampoo Semestinya.

Leave a Reply to Sabariah bte abd.Rahman Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *