CantikKulit

6 Cara Miliki Kulit Putih Gebu

Kulit Putih Gebu - Women Online Magazine-3

Kredit Foto: sipfromtheholygrail

Kulit Putih Gebu. Tentu sahaja anda mahu sentiasa nampak cantik di mata sesiapa sahaja yang melihat anda.

Apatah lagi, jika anda memiliki wajah cantik semulajadi yang akan membuatkan anda tidak perlu ‘ melukis’ wajah dengan menggunakan pelbagai jenis kosmetik.Untuk mendapatkan kulit putih gebu, anda bukan sahaja perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, tetapi ada beberapa perkara yang harus anda lakukan sebagai pelengkap tambahan untuk mempercantikan lagi wajah anda.

 

Berikut beberapa tips semulajadi untuk kelihatan lebih cantik dengan kulit putih gebu yang patut anda cuba.

  1. Pilih Makanan Berkhasiat

Makanlah makanan yang kaya dengan klorofil dan mineral. Misalnya, sayur-sayuran berdaun hijau yang sangat baik untuk menangkal radikal bebas dan meregenerasi kulit anda. Selain itu, anda juga boleh mengambil lobak merah yang akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembut dan putih gebu. Manfaat lain yang anda akan dapat jika memakan sayur-sayuran hijau ialah rambut lebih sihat, kuku jadi kuat dan kulit juga akan menjadi lebih cerah.

 

  1. Pastikan Sarapan Anda Sihat

Sediakan semangkuk bijirin untuk sarapan pagi anda yang terdiri daripada kacang-kacangan, gandum dan barli. Di samping itu, anda juga boleh tambah dengan beberapa buah-buahan segar atau ‘berry smoothie’. Khasiatnya sangat berguna untuk kecantikan kulit anda.

 

  1. Detoks Tubuh

Jika anda ingin melakukan detoks atau nyahtoksin (pembersihan racun pada tubuh), anda boleh menggunakan jus yang diperbuat daripada campuran lobak merah, buah bit, seledri dan epal hijau.

 

Baca Juga: 10 Cara Buang Racun Dalam Tubuh

 

  1. Masker Wajah Semulajadi

Gunakan masker yang anda buat sendiri daripada yoghurt semulajadi yang ditambahkan dengan sedikit madu. Kemudian sapukan pada wajah, biarkan seketika sebelum dibersihkan. 

 

  1. Mata Sembab & Letih

Jika mata anda nampak sembab dan letih, segarkan mata anda dengan beberapa hirisan daripada mentimun selama beberapa minit. Ini akan membuat mata anda kembali segar.

 

  1. Bibir Pink Semulajadi

Untuk mendapatkan bibir yang indah, anda boleh mengoleskan beberapa campuran madu dan minyak zaitun sebelum tidur untuk membuat bibir tampak merah semulajadi.

 

Jangan lupa SHARE ya

<< Baca kepentingan asid folic di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Kain Songket Fabrik Warisan Kekal Sepanjang Zaman

Next post

15 Gejala Yang Sering Dihadapi Penghidap Rabun Silau

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *