CantikKewanitaanSihat

Kesan Makan Pil Perancang

Kesan Pil Perancang-Women Online Magazine

Kredit foto: dailyrecord

Kesan Pil Perancang.Adakah anda ingin tahu apakah kesan pil perancang terhadap wanita yang mengamalkannya? Baca artikel ini sampai habis.

Pil Perancang atau pil pencegah kehamilan ialah ubat yang digunakan untuk mencegah kehamilan untuk wanita. Pil pencegah kehamilan ini mengandungi hormon wanita sama ada kombinasi estrogen dan progestogen atau kandungan progestogen.

Pil perancang mencegah kehamilan melalui kandungan hormon estrogen dan progestogen, dengan menghalang indung telur berovulasi atau melepaskan sel telur. Selain itu, pil perancang juga akan membuat sperma sukar untuk mencapai sel telur atau menghalangi sel telur menempel pada lapisan rahim.

 

Baca Juga: Jangka Hayat Sperma

Ketika dimakan dengan tepat, pil perancang ini dapat mencegah kehamilan lebih sehingga lebih daripada 99 peratus. Ini bermakna daripada 1000 orang wanita yang mengambil pil perancang ini, kurang daripada sepuluh orang sahaja yang mengalami kegagalan.

Antara kesan positif yang ada sewaktu pengambilan pil perancang ini adalah:

1. Meredakan Sengugut

Senggugut atau dikenali ‘dysmenorrhoea’ bermakna pengaliran haid yang sakit. Ia merupakan masalah yang paling kerap dihadapi oleh wanita, dibandingkan dengan semua masalah sakit puan yang lain.

Baca Juga: Penyakit Senggugut

2. Mengurangkan Emosi

Emosi memainkan peranan yang amat penting dalam hubungan seksual kalau dibandingkan dengan perubahan kecil hormon testosterone bila pil perancang diambil.

3. Merawat Masalah Jerawat

Pil perancang memang boleh membantu kerana pil ini akan mengurangkan penghasilan sebum. Pada masa sama, para doktor sering menyarankan agar pesakit menjaga kebersihan kulit dan menggunakan krim anti-jerawat untuk menyembuhkan masalah ini.

4. Mengurangkan Kanser Ovari

Kajian di “The Royal College of general practitioners” pada 2010 terhadap 46,000 wanita pula mendapati pil perancang mampu mengurangkan 12% risiko kanser dan lebih rendah untuk mendapat kanser, strok atau penyakit jantungMenurut Dr. Jamiyah Hassan, sehingga kini tiada kajian kukuh yang mengatakan pil perancang boleh menyebabkan kanser payudara.

Baca Juga: Punca Kanser Rahim & Tanda-Tanda Kanser Payudara

Antara kesan negatif yang akan anda dapati apabila mengambil ubatan seperti pil perancang adalah:

1. Pil perancang mungkin boleh menyebabkan loya, sakit dan tegang pada buah dada, pendarahan bertompok-tompok yang tidak teratur, pertambahan berat badan, muram dan sakit kepala.

Baca Juga: Ketahui Penyebab Berat Badan Turun Naik

2. Darah beku merupakan salah satu potensi risiko. 2/10,000 wanita akan mengalami darah beku berbanding 1/10,000 wanita untuk mereka yang tidak menggunakan pil perancang.

3. Anda tidak seharusnya menggunakan pil perancang jika anda mempunyai sejarah strok, sakit jantung, darah beku, penyakit hati, kanser payudara, lewat usia lebih daripada 35 tahun dan merokok.

4. Anda harus meminta nasihat daripada pakar sakit puan atau doktor anda mengenai pil perancang atau kaedah mencegah kehamilan yang lain jika anda mempunyai kencing manis, darah tinggi,kolestrol tinggi atau risiko kesihatan yang lain.

Semoga anda boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini. Kami nasihatkan anda untuk mendapatkan nasihat dari pakar dalam menggunakan pil perancang yang mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Nak tahu berkaitan penjagaan payudara anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Resepi Kek Batik Leleh

Next post

19 Rahsia Kehebatan Buah Manjakani

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *