CantikKewanitaanSihat

Ketahui 5 Bahaya Akibat Pemakaian Korset Wanita

kesan pemakaian korset wanita - women online magazine

Kredit Foto:aliimg

Kesan Pemakaian Korset.Pasti anda berminat memakai korset ini supaya nampak ramping. Tetapi tahukah anda tentang kesan pemakaian korset?

Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan seperti langsing bagi si pemakainya. Ia telah digunakan berabad lama dahulu terutamanya di dunia fesyen.

Sebenarnya korset bukanlah alat pembakar lemak di dalam badan.Sebaliknya, ia lebih tepat dikatakan sebagai menolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawah untuk memberi ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Dalam erti lain, korset hanyalah menyorok gumpalan lemak sahaja.

Walaupun pakar kecantikan mengesyorkan pemakaian korset adalah jalan terbaik untuk kelihatan cantik dan ramping tetapi penggunaanya boleh mempengaruhi kesihatan seseorang. Jom ikuti kesan pemakaian korset itu ke atas diri wanita.

1. Berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL)

Ada pakar mendapati, wanita yang mahu memakai korset untuk kelihatan langsing berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Penggunaan korset dikatakan, menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan ia tidak dapat menahan tekanan berkenaan.

Bagi wanita mahu tampak susuk tubuh sempurna mereka tidak kisah semua itu dan sedia menyarungnya sehari suntuk meskipun terpaksa menanggalkan dan mengenakan semula selepas kencing. “Ada wanita yang malas dan menahan saja kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing”.

 

Baca Juga: Bahaya Menahan Kencing

 

2. Ketidakselesaan untuk bernafas

Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.

Kesannya pada organ ruang paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas dan terpaksa bekerja lebih. Ia akan cepat penat dan letih melampau yang menyukarkannya berfungsi sempurna dan berdegup laju.

 

3. Mengurangkan selera makan

Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang seseorang. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan.

 

4.  Mempengaruhi organ dalaman badan wanita

Menyebabkan tekanan atau kompresi terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung dan kelainan pada bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh lain.

 

Baca Juga: Punca Paru-Paru Berair

 

5. Penyebab penyakit Chlorosis (greensickness)

Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan adanya gangguan pada hempedu.

Kesimpulannya, tidak salah jika anda mahu kelihatan ramping, namun soal kesihatan perlu dititikberatkan kerana tidak guna tampil cantik tetapi memudaratkan kesihatan. Pemakaian korset secara sembarangan, tidak mengikut keperluan, saiz dan keupayaan diri sebenarnya boleh membawa risiko tidak diundang seperti di atas.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka juga boleh tahun kesan pemakaian korset ini.

<< Jom ketahui apakah faktor wanita lambat mengandung di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Paling Mudah & Pantas Bayar Zakat

Next post

Jom Menangi Kanta Lekap 1.DAY ACUVUE® DEFINE™” Bernilai Lebih RM1000 Sekarang!!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *