CantikSolekan

5 Tips Pilih BB Cream Yang Sesuai Dengan Tona Kulit Anda

Kegunaan BB Cream - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: 5pixel

Kegunaan BB Cream. Ia adalah produk kecantikan yang begitu popular di Asia. Sejarah BB Cream bermula pada tahun 1960 sewaktu ia mula diperkenalkan sebagai produk kosmetik.

Pada mulanya ahli dermatologi menggunakannya untuk membantu pesakit pembedahan laser bagi melindungi, melembut dan membina semula kulit mereka yang sensitif itu. Selain itu, ia juga memberikan perlindungan daripada parut dan kemerahan pasca pembedahan.

Kehangatan produk ini bermula pada tahun 2006 apabila kebanyakan artis terutama di Korea menggunakan BB Cream ini bagi mencapai rupa menawan yang semulajadi. BB Cream juga begitu popular kerana keberkesanan memperbaiki kulit.

 

Baca Juga: Merawat Kulit Kering

 

Fungsi BB Cream

  • BB Cream bergungsi sebagai bedak asa di mana ia akan membuatkan mekap kelihatan sempurna dan wajah tidak berminyak.
  • Kandungan SPF-15 yang terdapat pada krim ini dapat melindungi kulit dari sinar UV yang boleh menyebabkan bintik hitam pada wajah.
  • Menutrisikan dan menghaluskan kulit.
  • Membaiki kuit dan melindunginya daripada bahan kimia yang berbahaya.

 

Kebaikan BB Cream

  • Kulit lebih halus dan sihat serta bercahaya di mana setiap kali kita menggunakannya, ia bekerja sebagai lapisan yang melindungi serta berfungsi sebagai oil control dan juga memberikan kelembapan pada kulit.
  • Kandungan dalam BB Cream yang alami seperti Hazel, Aloe dan Caviar Extract membantu regenerasi kulit dan mengecilkan pori-pori.
  • BB Cream memiliki fungsi untuk melawan sinar UV dan pencemaran udara yang merosakkan lingkungan sehingga menjadikan kulit tetap sihat.

 

Baca Juga: Rahsia Awet Muda

 

Tips Memilih BB Cream

  1. Jika anda memiliki kulit berminyak, sebaiknya pilihlah produk BB cream dengan kandungan minyak yang tidak berlebihan. Ini kerana dapat menyebabkan wajah tambah berminyak dan juga kelihatan berkilat serta menjadi perangkap pori-pori dalam penyumbatan kotoran-kotoran dan bakteria.
  2. Apabila anda sering berada di luar, sebaiknya anda memilih BB cream yang kandungan SPF-nya lebih tinggi. Ia bertujuan untuk memberikan perlindungan lebih sehingga tidak akan membuat kulit wajah menjadi bertambah gelap dan tidak rata.
  3. Pilih BB cream dengan warna yang agak cerah. Kemudian tambahkan bedak dengan warna yang agak gelap jika kulit wajah anda gelap supaya kelihatan lebih natural.
  4. Jika kulit anda normal, pilihlah produk BB cream yang memiliki kandungan untuk kulit normal kerana SPF-nya memiliki kandungan minyak yang tidak terlalu banyak.
  5. Jika kulit bermasalah dengan jerawat, sebaiknya pilih produk BB cream yang terdapat pelembab dan vitamin kerana akan melembabkan kulit wajah serta kandungan vitamin yang terdapat di dalamnya dapat mengurangkan jerawat.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya

<< Ketahui petua licinkan kulit muka tanpa kesan sampingan di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

13 Punca Perut Selalu "Masuk Angin"

Next post

7 Cara Merawat Kesakitan Bayi Tumbuh Gigi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *