CantikKulit

7 Kebaikan Luar Biasa Krim Mata

Krim Mata - Women Online Magazine

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: fundita

Krim Mata. Kulit adalah organ yang paling besar pada tubuh kita.Namun tahukah anda bahawa kesan penuaan paling ketara kaum wanita bermula pada bahagian mata? Jadi, anda wajib pakai krim mata!

Sebenarnya, kulit wajah di sekitar mata adalah nipis dan sensitif! Ia adalah 10 kali lebih nipis daripada kulit wajah.Justeru itu, pemakaian krim mata perlu diambil untuk memastikan mata anda tidak kelihatan lesu dan letih. Penjagaan yang tidak sempurna juga akan mewujudkan lingkaran hitam pada mata.

Apa Itu Krim Mata?

Krim mata dirumus khas untuk membaiki struktur kulit yang lembut di sekeliling mata, mengurangkan kemunculan garis halus dan mencerahkan lingkaran gelap bawah mata.

Ia memerlukan pemakaian yang konsisten untuk mendapat hasil yang baik. Krim mata ini boleh dipakai pada siang mahupun malam.

Kebaikan Krim Mata

  1. Memperbaiki tekstur kulit di sekeliling mata.
  2. Membantu kulit menegangkan kawasan sekeliling mata.
  3. Menghilangkan lingkaran hitam dibawah mata.
  4. Melembab dan mengurangkan kesan lebam di sekeliling mata.
  5. Membantu proses penghidratan dan menegangkan bawah mata.
  6. Menjadikan kulit di bahagian mata lebih cantik dan halus.
  7. Menyegar, melicinkan dan mengurangkan masalah mata letih.

 

Baca Juga: Petua Mata Cantik

 

Panduan Menggunakan Krim Mata

  • Hanya menggunakan jari manis untuk meratakan krim mata kerana jari ini mempunyai tekanan paling lembut.
  • Hanya menggunakan sedikit krim mata untuk sekali sapuan.
  • Elakkan dari menarik kulit di sekitar mata.
  • Tidak perlu sapu terlalu dekat dengan mata kerana krim mata boleh menyerap dalam jarak satu inci di sekitar kulit mata.
  • Jangan menggosok krim mata, tetapi tepuk secara lembut dengan jari manis untuk membantu penyerapan.

 

Baca Juga: Manfaat Bunga Teratai

 

Take Note!

Bila Masuk Umur 20an, Anda Wajib Pakai Krim Mata

Jika anda berfikir penggunaan krim mata hanya sesuai digunakan ketika usia melangkah 30 tahun ke atas, kenyataan anda  adalah salah! Sebaliknya sejak usia 20-an lagi  anda seharusnya sudah mula merawat kulit mata. Ini adalah untuk mencegah penuaan di kawasan mata, kerana kulit mata menjadi bahagian pertama di wajah yang cepat nampak berkedut!

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui dan fahami kegunaan sebenar BB Cream yang buat solekan anda jadi lebih cantik di sini.

Hilangkan Jerawat | WOM

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

4 Tips Pilih Baju Kebaya Pengantin

Next post

Resepi Mee Udang Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *