CantikKewanitaanSihat

Kebaikan Hubungan Seks Sihat

kebaikan hubungan seks - women online magazine

Keharmonian rumah tangga bukan setakat hubungan seks yang manis.

Kebaikan hubungan seks sihat turut memberikan manfaat yang besar buat kesihatan dan kecantikan kulit. Berikut ini beberapa kebaikan hubungan seks sihat yang dilakukan secara rutin dengan pasangan anda.

1. Melawan Kedutan

Hormon stress dan hormon anti stress di dalam tubuh seperti permainan jongkang jungkit. Dua hormon tersebut akan turun naik dalam tubuh anda. Seks (terutama saat orgasme) akan menghasilkan hormone endorin dan hormone pertumbuhan tubuh.  Ia akan membuatkan tubuh memperbaiki sel-sel rosak yang disebabkan oleh matahari dan juga merokok.

Selain itu, ia juga akan menurunkan hormone kortisol yang memuncak ketika anda sedang stress. Bahaya yang terkandung daripada hormone kortisol adalah boleh menghancurkan kolagen. Kerosakan kolagen boleh menyebabkan segala kedutan itu timbul.

2. Kulit Lebih Cerah & Anjal

Tidur adalah formula kecantikan yang boleh anda dapati secara percuma. Ketika tidur sel-sel yang mempengaruhi kulit bekerja.  Setelah mengalami orgasme, anda akan tertidur dengan lebih cepat dan bangun dalam keadaan yang lebih segar. Selain itu, kebaikan hubungan seks sihat adalah mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata serta bengkak.

Walaupun tanpa orgasme, seks tetap berupaya untuk meningkatkan perjalanan darah pada kulit. Malahan ketika anda dan pasangan bercium, ia turut meangsang otot wajah bekerja serta membakar kalori.

3. Melembutkan Kulit Wajah

Setelah melakukan hubungan seks, melepaskan minyak semulajadi seperti asid linoleat. Ia adalah sejenis pelembap yang melindungi sel kulit dengan melapisinya.  Ini membuatkan wajah anda berseri-seri selama beberapa hari setelah melakukan hubungan seks.

4.Meredakan Sakit Kepala

Beberapa kajian menyatakan, bahawa hubungan seks mampu meredakan sakit kepala. Ketika adna melakukan hubungan seks, tubuh melepaskan hormone endorphin yang merupakan ubat penghilang rasa sakit semulajadi.

 

Info Ekstra!

Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seks

  • Tengah Malam

Jika anda sering mengalami imsomnia, daripada stress begitu sahaja ada baiknya anda mengajak pasangan anda melakukan hubungan seks. Selain dapat meredakan imsomnia, ia akan memperkuatkan lagi kemesraan hubungan anda dan pasangan.

  • Pagi Hari – Tuntutan kerja dan sebagainya adakalanya membuatkan anda dan pasangan tidak mempunyai waktu untuk melakukan hubungan intim. Tidak adalah salahnya jika anda menyediakan sedikit waktu pada pagi hari untuk melakukan ‘morning sex’. Segalanya lebih mudah dilakukan kerana pada pagi hari merupakan saat rangsangan normal bagi lelaki.
  • Sebelum Menstruasi – Tidak ramai yang mengetahui kebaikan melakukan hubungan seks sebelum waktu menstruasi boleh mengurangkan rasa sakit menstruasi. Ini adalah kerana seks akan membantu produksi hormone tertentu yang akan membuatkan ada berasa lebih tenang dan mampu membantu anda melawan rasa sakit tersebut.
  • Sebelum Pergi Kerja – Whoa! Berita baik buat anda yang sering rasa lemah dan mengantuk  di pagi hari. Luangkan beberapa minit sebelum anda mahu berangkat ke tempat kerja dengan melakukan hubungan seks dengan pasangan. Beberapa hormone aktif akan muncul setelah anda melakukan hubungan seks. Ia akan membuatkan anda rasa lebih bersemangat dan berenergi sepanjang hari!

Kredit foto: dailybackgrounds

<< Sperma yang sihat penting untuk baka keturunan  keluarga dalam perkahwinan. Ketahui bagaimana mendapatkan sperma yang di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Wanita Mangsa Keganasan Perhubungan Cinta!

Next post

Anda Wanita Yang Kekurangan Hormon Progesteron?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. […] mengatur jadual hubungan seks tidak wajib, kerana pada bila-bila masa sahaja anda dan pasangan boleh melakukannya, sesuai dengan […]

Leave a Reply to 9 Rahsia Kekal Ghairah ‘Sehangat Asmara’ Atas Ranjang – mek zaza comey Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *