CantikKewanitaanSihat

Cegah Kanser Payudara Dengan 7 Jenis Buah Terpilih

jenis buah cegah kanser payudara - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Kanser Payu Dara. Kanser payudara merupakan salah satu jenis kanser yang paling ditakuti wanita. 
Ia bukan sahaja memusnahkan kehidupan dan kesihatan, malah turut mengancam nyawa ramai wanita di seluruh dunia.

Jangan sekali-kali anda memandang ringin tentang penyakit ini. Sekalipun  dalam sejarah keturunan keluarga anda tidak ada yang mengalaminya,kanser payudara ini tetap boleh mendatangi anda.  Pelbagai faktor boleh menjadi penyebabnya, bukan setakat disebabkan ‘gen’ semata-mata.

Risikonya tetap tinggi terutama jika sel kanser tersebut telah merebak ke organ lain. Ini menunjukkan betapa pentingnya seorang wanita itu menjaga kesihatan payudaranya sendiri dan selalu menjaga pola makanan supaya terhindar daripada terkena kanser payudara.

 

Terdapat tujuh jenis buah yang boleh mencegah terjadinya kanser pada payudara. Antaranya;

1. Buah Limau

Buah limau seperti limau bali, lemon, kaya dengan vitamin C untuk mencegah pembentukan ‘nitrosamine’, sesuai dimakan oleh pesakit kanser perut, kanser payudara dan kanser paru-paru.

Tambahan pula, vitamin C merupakan zat antioksidan yang paling kuat, yang secara efektif dapat menjaga kesihatan payudara.

Semakin kerap mengambilnya, semakin banyak zat antioksidan ini berada di dalam tubuh anda.

 

2. Buah Kiwi

Kiwi mengandungi vitamin C, 4-12 lebih besar daripada limau, tiga kali daripada epal, 60 kali ganda daripada buah anggur. Kajian menunjukkan bahawa zat tang terkandung mampu menghalang pembentukan ‘nitrosamine’ daripada tubuh manusia, yang memiliki efek anti-kanser yang baik dan dapat mencegah kanser payudara.

 

 

Baca Juga: Kebaikan Buah Kiwi

 

 

3. Buah JuJube

Buah  jujube (ziziphus jujube mill)  ( ini kaya dengan beta-karoten, vitamin C, vitamin V dan lain-lain dengan efek penambah darah yang bermanfaat untuk perut. Jujube, merupakan tumbuhan semulajadi China dan sangat popular dalam perubatan herba tradisional masyarakat Cina sejak dahulu lagi.

Jujube mengandungi sekumpulan ‘triterpenoid’ sebagai bahan aktif anti-kanser. Selain itu, dapat meningkatkan kesegaran fizikal, pencegah kanser payudara.

 

4. Buah Mangga

Selain memiliki sifat rasa yang manis dan menyegarkan, ternyata buah manga mengandungi pelbagai nutrient yang bermanfaat bagi kesihatan tubuh. Kandungan ‘polifenol tanin’ yang terdapat pada mangga dikatakan dapat mencegah kanser payudara dan kanser usus besar.

 

 

Baca Juga: Khasiat Buah Mangga

 

 

5. Buah Delima

Delima(pomegranate) kini semakin popular kerana khasiat semulajadinya untuk kesihatan. Selain baik untuk jantung, ternyata buah delima juga efektif untuk melawan kanser payudara. Ia mengandungi ‘fitokimia’ dan tinggi kandungan ‘polifenol antioksidan’.

 

6. Buah Laici

Buah laici turut dikatakan dapat menumpaskan pertumbuhan sel kanser. Ia disebabkan kerana laici mengandungi sejumlah ‘flavonoid’ yang efektif untuk melawan kanser payudara.

Selain itu, kandungan vitamin C di dalamnya juga dapat melawan penyakit jantung, menjaga kesihatan tulang, kulit dan jaringan tubuh.  Buah laici juga turut membantu tubuh untuk menyerap nutrient penting daripada makanan.

 

 

Baca Juga: Cara Terbaik Merawat Payudara

 

 

7. Buah Berry

Semua jenis buah berry dapat melawan pelbagai kanser. Tertapi berry hitam mengandungi ‘fitokimia’ yang sangat tinggi, disebut ‘anthocyanin’ yang dikatakan dapat memperlambatkan pertumbuhan sel ‘premaligna’ (penyebab kanser) dan membentuk pembuluh darah baru.

Kandungan vitamin, serat dan antioksidan dalam buah berry juga membantu radikal bebas dan racun –racun lain daripada dalam tubuh. Antioksidan dan serat juga memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada segala bentuk kanser, terutama kanser payudara.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini ya!

<< Ketahui cara mudah untuk melegakan senggugut.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Peranan Ibu Bapa Mendidik Anak Cemerlang

Next post

6 Makanan Untuk Orang Demam

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *