CantikRambut

4 Punca Utama Kelemumur

punca kelemumur - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Punca Kelemumur. Apakah anda mempunyai masalah kelemumur?Rasa malu dan geram semacam?

Bukan sedikit orang yang mengalami masalah ini.  Kelemumur terjadi kerana adanya pengelupasan yang berlebihan. Ia terjadi kerana bahagian kulit kepala tidak dijaga dengan baik atau kurang bersih, sehingga menimbulkan sel kulit mati yang berlebihan.

Sering bertukar-tukar syampu atau kerap terdedah kepada cahaya matahari pun boleh membuatkan rambut anda rosak dan berkelemumur.Bukan itu sahaja tau yang boleh menjadi punca kelemumur. Ternyata apa yang kita ambil atau makan juga boleh mengundang kulit kepala ditumbuhi kelemumur.

Jom, semak beberapa jenis makanan yang dikatakan menjadi punca kelemumur ‘menetap’ di kepala anda.

1. Makanan Yang Mengandungi Gula Tinggi

Makanan yang mengandungi gula berlebihan boleh menjadi punca kelemumur. Jadi, kurangkan pengambilan makanan yang manis-manis dan bertukarlah kepada kudapan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

 

2. Makanan Pedas

Kamu ‘hantu’ makanan yang pedas? Ternyata makanan ini boleh menimbulkan kelemumur, kerana ia dapat merangsang minyak yang berlebihan pada kulit kepala anda. Bahkan jika terlalu kerap mengambil makanan pedas, ia boleh menyebabkan rambut anda gugur.

 

Baca Juga: Cegah Rambut Beruban

 

3. Makanan Yang Panas

Makanan yang panas biasanya akan membuatkan anda berpeluh-peluh ketika menikmatinya. Situasi ini akan mempengaruhi keadaan tubuh, dan salah satunya kulit kepala. Suhu tubuh akan meningkat, dan ini membuatkan kulit kepala mengelurkan peluh berlebihan yang mengundang kemunculan kelemumur.

 

4. Makanan Bergoreng

Makanan bergoreng memang enak terutama jika dihidangkan ketika minum petang. Tahukah anda, pengambilan makanan yang bergoreng boleh menjadi punca minyak berlebihan pada kulit kepala? Ini menyebabkan kulit kepala menjadi tidak stabil, daripada kering ke lembap dan sebaliknya.

 

Info Ekstra!

Gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda. Misalnya yang mengandungi ‘zanthoxylum” (yang mampu menghapuskan kelemumur sekaligus mencegah ia timbul kembali).

 

Baca Juga: Bahaya Rebonding Rambut

 

Selain itu, anda juga boleh pilih syampu yang mengandungi selenium sulfida yang berperanan sebagai antimikroba.

Di samping itu,pilihlah produk perawatan rambut yang mengandungi Tea Tree Oil, kerana boleh membantu mencegah timbulnya kulat P.Ovale. Anda disarankan menggunakan syampu anti kelemumur hanya sesekali sahaja atau ketika benar-benar diperlukan jika masalah kelemumur anda sudah berjaya di atasi.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini ya!

<< Anda teringin untuk ‘rebonding' rambut? Cantik memang cantik, tapi ada bahayanya. Baca di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Payudara Tegang Dengan Senaman Tiga Jari!

Next post

Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *