CantikKulit

5 Petua Dan Cara Menghilangkan Bintik Hitam

cara menghilangkan bintik hitam - women online magazine

Kredit Foto: cdn-api

Cara Menghilangkan Bintik Hitam. Selain jerawat, bintik hitam atau lebih dikenali sebagai “black head” boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orrang lain.

Bintik hitam terjadi kerana terdapat liang-liang pori yang tersumbat yang disebabkan oleh debu, bahan kosmetik dan kotoran yang tidak dibersihkan dengan betul.Namun, menghilangkannya bukanlah sesuatu yang mudah seperti membersihkan wajah dengan pencuci muka atau skrub. Ramai yang berkunjung ke pusat-pusat kecantikan untuk sesi facial dan turut membuat proses extraction bagi mengeluarkan bintik hitam tersebut.

Punca Bintik Hitam Di Wajah

 

Baca Juga: Kebaikan Krim Malam

 

Petua Dan Cara Menghilangkan Bintik Hitam

1. Telur

Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Kemudian, letakkan tisu itu di bahagian yang ditumbuhi bintik hitam. Tanggalkan tisu setelah ia kering. Selepas itu, bilas muka dengan bersih serta menggunakan pencuci muka yang bersesuaian. Anda disarankan menggunakan petua ini sebanyak dua kali dalam seminggu.

 

2. Madu

Ambil sedikit madu dan sapukan dibahagian yang ditimbuhi bintik hitam. Biarkan ia sehingga kering. Setelah ia kering, cuci wajah anda sehingga bersih dan keringkan wajah anda.

 

3. Bawang putih, limau nipis dan putih telur

Ambil seulas bawang putih, bersihkan ia dan tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, gaulkan ia bersama perahan limau nipis dan putih telur. Kemudian ambil beberapa helai tisu dan basahkan tisu tersebut sebelum meletakkan diatas muka. Seterusnya, ambil ramua tadi dan tempelkan ia diatas tisu tadi. Biarkan sehingga kering dan bilas muka anda dengan air suam.

 

4. Lemon

Potong lemon kepada dua bahagian. Titiskan beberapa titisan madu keatas permukaan lemon tadi. Kemudian sapukan potongan lemon itu pada wajah anda yang ditumbuhi bintik hitam.

 

5. Kulit Kayu Manis & Beras Pulut

Caranya, campurkan kulit kayu manis bersama beras pulut. Setelah itu, goreng tanpa menggunakan minyak sehingga nampak kekuningan. Cara penggunaannya, kisar lalu gosokkan pada muka dua kali dalam seminggu.

 

Baca Juga: Khasiat Kulit Kayu Manis

 

Jangan lupa SHARE artikel ini.

 

Tahukah Anda?

Jika wajah anda ditumbuhi bintik hitam yang banyak, menurut doktor ia memberi petanda bahawa tahap kolestrol dalam badan tinggi. Info selanjutnya baca di sini…

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Kesan Buruk Stress Yang Boleh Jejaskan Anda

Next post

Resepi Nasi Kerabu Budu!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *