CantikDietSihat

Cuba 7 Diet Sederhana Untuk Cepat Kurus

diet sederhana - women online magazine

Kredit Foto: timesunion

Diet Sederhana. Bermati-matian berdiet, tapi tetap gagal untuk kurus? Dah cuba diet sederhana?

Jika tidak mampu, tidak perlulah anda berterusan memaksa diri untuk mengikat perut semata-mata mahu mendapatkan tubuh yang langsing. Sebaliknya, anda boleh cuba praktik diet sederhana ini dan paling penting, anda kena ada disiplin!

Anda mesti ingat bahawa apa sahaja diet yang mahu anda praktikan, samada diet sederhana mahupun ekstrem, segala-galanya tidak akan berhsil jika anda tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh.

 

7 Diet Sederhana Yang Boleh Anda Cuba:

1. Menu Sarapan Pagi

Ketika bersarapan usahakan memilih menu makanan yang kadar seratnya cukup tinggi dan usahakan meminum jus limau. Sarapan pagi yang mengandungi karbohidrat seperti kentang dan roti akan membuatkan tubuh anda jadi lebih berenergi.

Selain itu, harus ada dalam sarapan pagi anda adalah protein kerana ia akan membuatkan perut anda berasa kenyang lebih lama serta boleh meningkatkan kosenterasi anda. Protein yang boleh anda ambil di pagi hari seperti telur rebus, tauhu, tempe, ikan dan ayam. Dengan mempertimbangkan keseimbangan protein, karbhidrat dan serat, sarapan pagi anda akan jadi lebih berkualiti.

Menghindari sarapan pagi dan memilih untuk melakukan aktiviti denga  perut kosong boleh menyebabkan obesiti. Rasa lapar yang berlebihan selepas itu akan membuatkan anda mengambil makanan yang berlemak tinggi dengan banyak. Perkara ini akan menyebabkan lemak berkumpul di sekitar perut serta meningkatkan kadar kolesterol, yang merupakan penyumbang utama kepada penyakit jantung.

 

2. Khasiat Teh Hijau

Jika ada gemar minum minuman teh pada setiap hari, kenapa tidak memilih teh hijau? Minum teh hijau secara teratur dapat membantu mempercepatkan metabolism dan juga meningkatkan kemampuan tubuh dalam membakar lemak.

Teh hijau mampu membakar paling kurang 70 kalori lebih dalam sehari. Selain itu, minum teh hijau secara rutin juga dapat membantu menurunkan kadar kolesterol.

 

3. Minum Susu (Rendah Lemak)

Susu mengandungi kalsium dan protein. Susu yang memiliki rendah kadar lemaknya tertanya boleh membantu anda menurunkan berat badan sekaligus menjaga massa otot. Susu yang tinggi kalsium dan rendah lemak juga mampu meningkatkan pembakaran lemak dan metabolisme. Berkat kandungan protein juga, pengambilan susu ini juga akna memberikan anda rasa kenyang yang lebih berpanjangan.

 

Baca Juga: Diet Protein

 

4.Perbanyakkan Minum Air Putih

Jika anda sedang berdiet, minum air putih sebelum makan adalah salah satu cara untuk mencegah rasa lapar. Bukan hanya menjamah makanan sahaja yang boleh membuatkan perut anda kenyang, bahkan minum air juga begitu.  Lagipun air putih ini sangat membantu dalam proses diet anda. Secara tak langsung, diet anda pun akan menjadi lebih sihat kerana air putih bersifat pelarut yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu racun-racun di dalam tubuh.

Air putih tidak mengandungi lemak, kolesterol dan kalori. Kurangnya minum air putih menyebabkan tubuh anda kekurangan cecair (dehidrasi). Efeknya, kulit anda menjadi kusam, badan tidak bermaya dan sebagainya. Usahakan untuk minum air putih sebanyak lapan gelas sehari.

 

5. Jaga Adab Makan

Makan dengan terburu-buru akan menyebabkan perut menjadi tidak cepat kenyang. Bahkan penambahan jumlah makanan juga mungkin meningkat. Cuba lihat cara makan masyarakat Perancis, mereka sangat menikmati makanan yang mereka makan. Setiap kunyahan itu dinikmati dengan sempurna. Ini menyebabkan perut menjadi cepat kenyang dan keinginan untuk menambah makanan juga berkurangan. Bagi anda yang belum terbiasa dengan cara ini, cubalah ya. Kunyahlah makanan yang anda makan beberapa kali sehingga lumat sebelum anda menelannya.

 

6. Jauhi Makanan Ringan 

Apa sahaja yang berkaitan dengan makanan ringan atau segera, ia tetap tidak baik untuk kesihatan. Junk food mempunyai kadar lemak yang sangat tinggi dan mengandungi bahan pengawet yang boleh membuatkan berat badan anda bertambah.

 

7. Lebihkan Pengambilan Sayur-sayuran & Buah-buahan

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berkhasiat akan membuatkan tubuh menjadi segar dan lebih energetic. Keduanya merupakan makanan bebas lemak, jika adapun ia adalah lemak yang baik untk kesihatan. Dengan pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran pada setiap hari akan membuatkan tubuh membakar lemak. Berat badan anda akan turun dengan perlahan-lahan.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Ingin tahu Cara Diet Yang Berkesan untuk anda mengawal berat badan? Semak di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Dapatkan 10 Rahsia Penampilan Diri Terbaik Anda

Next post

7 Punca Penyakit Kuning Pada Bayi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *