CantikKulit

Cara Selamat & Cukup Mudah Untuk Putihkan Kulit

Cara Putihkan Kulit - Women Online Magazine

Foto: today.tamu

Sebagai wanita sudah pasti anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mencantikkan diri supaya nampak sempurna di mata umum.

Salah satu masalah kulit yang biasa terjadi pada wanita adalah kulit kusam. Bahkan, ada juga bahagian-bahagian tertentu di wajah yang kelihatan jauh lebih gelap dan nampak berbelang. Menyedari keadaan tersebut, biasanya wanita akan melakukan pelbagai cara putihkan kulit. Lagipun, lambakan produk pemutih kulit cukup hebat di pasaran membuatkan bebas memilih produk putihkan kulit yang anda mahukan. Cuma belum pasti apakah ia selamat dan sesuai untuk kulit anda. Jika tersalah pilih, kulit anda akan rosak disebabkan zat kimia yang tidak sesuai dengan jenis kulit anda.

Anda ingin cuba cara putihkan kulit secara semulajadi yang lebih selamat? Ternyata untuk membuat kulit anda nampak lebih putih tidak semestinya perlu mengeluarkan belanja yang besar. Memadai ia dilakukan secara rutin, kulit anda pasti kelihatan lebih putih dan sihat.

  1. Guna Masker

Setelah seharian melakukan aktiviti, sudah pasti kulit anda terdedah dengan debu dan pencemaran udara.Salah satu cara putihkan kulit, anda boleh menggunakan masker, pakailah tiga kali sehari. Masker akan memanjakan kulit wajah anda sekaligus meregenerasikan sel-sel pada kulit wajah anda, sekaligus membuatkan kulit kelihatan lebih putih dan awet muda.

  1. Madu

Warna gelap dapat disebabkan kulit kering. Madu dikatakan boleh meringankan dan melembabkan kulit serta menghilangkan sel-sel kulit mati dan membuat kulit wajah anda lebih putih. Sapukan madu pada wajah selama sepuluh minit, kemudian bilas sampai bersih menggunakan air suam.

  1. Pakai Losyen

Untuk merawat kulit tubuh, pastikan anda memakai losyen setiap pagi sebelum beraktiviti.Gunakan losyen di seluruh tubuh agar kulit tetap terjaga kelembabannya dan terhindar dari  sinar matahari. Selain itu, anda juga boleh melakukan lulur, ia juga bermanfaat untuk menanggalkan sel kulit mati dan menggantikannya dengan sel yang baru.

  1. Yoghurt

Yogurt mengandungi asid laktat yang berguna untuk memutihkan kulit yang gelap. Yogurt juga dapat membantu menyingkirkan bintik-bintik pada wajah. Sapukan pada wajah, biarkan selama beberapa minit, kemudian barulah dibersihkan dengan air suam.

  1. Hindari Kopi & Makanan Manis

Makanan atau minuman manis dan kopi boleh membuatkan kulit menjadi lebih kering dan kekurangan cecair. Jika ia berlarutan, kulit anda akan kelihatan kusam dan kasar. Sebaiknya anda menggantikan kopi dengan teh hijau.

  1. Limau

Limau kaya dengan vitamin C dan dipercayai sebagai pemutih kulit semulajadi. Agar mendapatkan hasil yang lebih sempurna, gunakan limau nipis. Ambil hampas limau tersebut dan campurkan dengan kunyit. Sapukan campuran tersebut pada wajah sebelum anda tidur dan cuci keesokan harinya.

  1. Rajin Bersenam

Bersenam merupakan cara terbaik untuk memanjakan kulit anda. Selain bermanfaat untuk kesihatan, bersenam juga dapat membantu mengeluarkan racun-racun yang terdapat dalam tubuh dalam bentuk peluh. Senaman yang teratur dapat membuat kulit menjadi lebih anjal dan lebih awet muda. Senaman yang dilakukan pada pagi hari sangat baik kerana kulit mendapat vitamin dari matahari pagi.

  1. Minum Air Putih

Selain mencegah dari dehidrasi yang berlebihan dan rasa haus, air putih wajib diminum untuk membuat kulit lebih putih.Air putih membantu meregenerasi kulit dan membantu menghilangkan racun dalam tubuh yang akan dikeluarkan dalam bentuk urine atau air kencing. Selain menjadi salah satu cara putihkan kulit, air putih juga amat baik untuk kesihatan dan organ dalaman tubuh.

<< Ketahui kebenaran produk collagen yang mampu mencerahkan kulit di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ketahui Sindrom Baby Blues & Tips Mengatasinya

Next post

Punca & Cara Merawat Bayi Cirit Birit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 26, 2015 at 9:54 pm — Reply

    […] Mencantikkan Kulit […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *