CantikKulit

5 Cara Menghaluskan Kulit Kaki

Kulit Kaki Halus - Woman Online Magazine

Kredit: victoriandermalgroup

Cara Menghaluskan Kulit. Memiliki kulit yang halus sampai ke hujung kaki tetap menjadi impian yang diharapkan oleh ramai wanita.

Namun, tidak ramai wanita yang peka atau begitu memperhatikan bahagian tubuh yang lainnya seperti kaki. Kebanyakan wanita hanya mementingkan penampilan wajahnya sahaja.

 

Berikut beberapa cara menghaluskan kulit kaki yang boleh anda praktik agar keindahan kaki juga terpelihara.

1.Pakai Moisturizer

Penggunaan moisturizer pada kulit kaki akan membantu menutrisikan kulit kaki agar tetap halus, lembab, sihat dan bebas daripada pecah-pecah. Jika adan memberikan moisturizer pada kaki secara rutin, tidak mustahil kaki anda akan kelihatan sihat dan lembut.

 

2. Skrub Kaki Secara Rutin

Bukan hanya wajah sahaja perlu diskrub, sebaliknya kaki juga begitu. Kaki juga memerlukan penjagaan agar tetap lembut dan bebas daripada pecah-pecah. Skrub dikatakan mampu membersihkan sel-sel kulit yang mati dan meregenarasinya menjadi sel-sel kulit yang baru.Kaki yang kusam akan kelihatan lebih bersih dan lembut. Skrub kaki secara rutin untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

 

3. Menggosok Kaki Dengan Batu Apung

Membersihkan kaki ketika mandi dengan menggunakan berus lembut dan batu apung membantu membershkan sel-sel kulit mati dan kaki yang pecah-pecah. Anda boleh melakukannya secara rutin bagi menghilangkan sisa-sia kulit kaki yang mati yang menyebabkan kulit menjadi pecah-pecah itu

 

4. Buah Strawberry

Jangan teragak-agak untuk mencuba cara menghaluskan kulit kaki yang satu ini. Buah strawberry boleh digunakna untuk menghaluskan kulit kaki sehingga nampak lembut dan cantik semulajadi. Campurkan buah strawberry dengan minyak zaitun, garam laut (kasar) dan vitamin E. Terapkan pada kaki anda yang kasar itu. Barkan selama berapa minit, kemudian bilaslah dengan menggunakankan air suam.

 

5. Hampas Kopi

Skrub semulajadi untuk menghaluskan kulit kaki yang boleh anda cuba ialah dengan menggunakan hampas kopi.Lakukan massage segara melingkar di kawasan tumit yang kasar menggunakan hampas kopi. Serbuk kopi mempunuai kemampuan untuk meremajakan kulit dan mengangkat sel-sel kulit mati.

<< Ketahui cara untuk menghilangkan bintik-bintik putih di muka di sini.

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Revitalift Magic Blur Mampu Samarkan Garis-Garis Halus & Kesan Jerawat Di Wajah

Next post

Ketahui Cara Pemakaian Bra Silikon Yang Selamat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *