CantikSolekan

8 Cara Betul Memakai Pemerah Pipi

cara memakai pemerah pipi - women online magazine

Kredit Foto: canova

Cara Memakai Pemerah Pipi. Cara memakai pemerah pipi sesuai dengan bentuk wajah ada bermacam-macam teknik.Namun, anda harus tahu dan memperhatikan bentuk wajah anda terutama ketika memakai pemerah pipi atau blush on.

Setiap bentuk wajah memiliki teknik tersendiri ketika dihias. Cara memakai pemerah pipi yang tepat, wajah anda akan kelihatan lebih segar dan berseri-seri. Sebaliknya, jika tersalah wajah anda akan nampak kusam dan tua.

Tujuan utama untuk memakai pemerah pipi adalah untuk menonjolkan tulang pipi anda. Bahagian yang disebut ‘apple of the cheek' ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih tajam tak ubah seperti supermodel. Ketika anda mengaplikasi pemerah pipi, tersenyumlah di depan cermin kerana ia akan membuatkan tulang pipi anda terbentuk.

 

Baca Juga: Inner Yang Sesuai Dengan Bentuk Wajah

 

Perkara yang penting dah harus diperhatikan sebelum menyapu pemerah pipi adalah ‘skin tone’ (rona kulit) dan ‘skin intensity’

1. ‘Skin tone’ terdiri dari warna ‘tone’ (hangat) dan ‘cool tone’ (dingin). Jika  kulit anda cenderung berwarna kuning langsat kecoklatan hingga gelap, maka kulit anda termasuk dalam ‘warm tone’. Untuk itu, pilih warna jingga, merah kecoklatan, tembaga, atau ‘peach’ tua. Jika anda berkulit putih, terapkan warna ‘pink’, ‘peach’ muda atau ‘beige’ sebagai pemerah kulit jenis ‘cool tone’.

 

2.Skin intensity’. Ia berkaitan dengan tahap warna kulit, iaitu terang atau gelapnya kulit. Semakin gelap warna kulit, semakin kuat warna pemerah pipi yang harus digunakan. Begitu jugalah sebaliknya, semakin terang warna kulit, jadi anda harus semakin nipis menyapu pemerah pipi.

 

3. Aplikasikan dengan tepat. Selain membuat wajah kelihatan lebih cerah, pemerah pipi juga mampu memberikan dimensi pada wajah. Wajah yang tidak sempurna pun dapat dibuat lebih ideal dengan aplikasi dan sentuhan dengan efek bayangan (shading) yang tepat. Untuk itu, anda perlu mengenali bentuk wajah anda terlebih dahulu.

 

4. WAJAH OVAL – dianggap sebagai bentuk wajah yang paling ideal. Agar semakin sempurna, berikan pemerah pipi sedikit melengkung mengikuti tulang pipi.

 

5. WAJAH PANJANG – biasanya mempunyai pipi yang tinggi dan dagu yang memanjang. Sapukan pemerah pipi dengan menarik garis lebih mendatar dari hidung ke arah telinga.

 

6. WAJAH PERSEGI –  ciri khasnya adalah garis rahang yang kuat. Untuk menyamarkan kesan tajam, sapukan pemerah pipi ke arah mendatar dan baurkan ke atas sehingga mendekati telinga. Hindari warna-warna tajam.

 

7. WAJAH BULAT – dapat disiasat dengan pemberian ‘shading’ dengan arah ke atas sehingga memberikan kesan wajah lebih panjang. Hindari pemakaian ‘blush on’ pada pipi.

 

8. WAJAH SEGI TIGA – mempunyai dahi lebih sempit dari bahagian rahang. Sapukan pemerah pipi dari sisi hidung ke arah atas. Hindari yang berwarna gelap, misalnya coklat.

 

Nota Kaki: Jika anda suka artikel ini, jangan lupa SHARE ya!

<< Ketahui tips mudah ‘bermain' dengan warna ketika bersolek di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Atasi Masalah Payudara Kendur Dengan 3 Senaman Mudah

Next post

12 Makanan Kaya Protein Untuk Lebih Sihat Dan Cantik

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *