CantikSolekan

Mekap Tahan Lama – Pilih Mekap Jenis ‘Waterproof’

cara makeup tahan lama - woman online magazine

Kredit : modelcocosmetics

Anda tentu mempunyai koleksi mekap yang bersifat ‘waterproof’. Mekap jenis ini dijamin tidak pudar jika terkena air. Namun, kelemahannya mekap jenis ‘waterproof’ ini memerlukan pembersih khas untuk menanggalkan sisa-sisa mekap pada wajah anda.

Bilakah ‘wateroproof’ mekap diperlukan?

Jika anda berada tempat yang membuatkan anda mudah berpeluh atau memiliki tahap kesibukan yang tidak terkata pada waktu itu,maka ‘waterproof make up’ lah yang anda perlukan. Cuaca adalah salah satu faktor yang mempengaruhi awet atau tidaknya mekap anda. Iklim panas membuatkan anda mudah berpeluh, jadi lebih baik gunakan ‘waterproof meke up’ agar wajah anda tetap berseri hingga ke petang!

‘ Warterproof mascara’ membuat kita tidak perlu mengalami masalah-masalah seperti maskara yang meleber sampai meninggalkan noda hitam di sekitar mata pada saat kita berpeluh atau pun menangis. Tambahan pula, maskara jenis ini lebih cepat kering daripada maskara biasa.

‘ Waterproof liquid eyeliner’ membantu kita selamat dari masalah yang biasa ditimbulkan sewaktu memakai ‘eyeliner’ cair biasa, aitu seperti cairan ‘eyeliner’ yang mengalir ke hujung mata atau yang membuat daerah sekitar mata menjadi hitam.

Sering disebut sebagai ‘color stay lipstick’ . Bagi anda yang tidak ingin berulang kali memakai lipstik, memilih lipstik jenis ini adalah jalan terbaik. Biasanya jenis semi ‘mate’,dan warnanya boleh bertahan sehingga lebih dari lapan jam. Anda hanya perlu menambahkan ‘lip gloss’ untuk mencerahkan penampilan bibir anda.

Cara Mendapatkan Make Up Tahan Lama

Untuk make up tahan lama,sebenarnya selain daripada memakai mekap jenis waterproof ,anda perlu melakukan bebrapa tips tentang memakai mekap agar tahan lama. Jika mahu mendapatkan make up anda tahan lebih lama, pratik tips berikut:

Supaya make up tahan lama, sebelumnya bersolek anda harus membersihkan wajah anda. Jika kulit anda jenis berminyak gunakan pembersih wajah yang bebas minyak.Manakala jika kulit anda kering gunakan pembersih wajah yang dapat melembapkannya.

Pemakaian foundation merupakan asas utama sebelum memakai make up. Foundation wajib dipakai supaya make up melekat dan tidak mudah pudar pada wajah anda.

Setelah memakai foundation, pakai lah bedak tabur.Ia akan membantu supaya wajah anda tidak berminyak dan membuatkan make up anda tahan lama dan tidak cepat luntur.

  • Mineral Make Up

Supaya tahan lama, gunakanlah make up yang mengandungi bahan mineral. Pemakaian make up berbahan mineral ini mampu merawat dan menghaluskan kulit anda.

  • Foundation Lipstick

Supaya lipstik melekat dan tahan lam, sapukan dulu foundation pada bibir supaya lipstik tahan lebih lama.

Pelembab sangat penting untuk wajah anda, kerana ia menutrisi wajah anda dari dalam sehingga keperluan nutrisi pada wajah dipenuhi dan membuatkan kulit wajah anda tidak kering. Kulit wajah yang kering ini membuat make up menjadi cepat luntur dan tidak tahan dalam waktu yang cukup lama.

<< Ketahui teknik memancungkan hidung anda yang pesek di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Sebab Kenapa Anda Perlu Makan Buah Epal Merah Selalu…

Next post

Jom,Pecahkan Lemak Dengan Berenang!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *