CantikSolekan

Bulu Mata Palsu Berikan Impak Mata Lebih Memukau

Cara Mekap Mata - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Mata sering menjadi pusat perhatian dan boleh membuatkan anda nampak lebih ‘out standing'.

Selain cara mekap mata yang tepat, ada juga teknik lain yang boleh membuatkan pesona mata anda kelihatan lebih terserlah.  Anda yang tidak memiliki bulu mata panjang dan lentik jangan risau ataupun berkecil hati. Anda boleh menggunakan bulu mata palsu.

Bagi anda yang masih baru atau belum pernah mencuba memakai bulu mata palsu, sebaiknya ‘berlatih' terlebih dahulu. Memakai bulu mata palsu tidak mudah dan memerlukan sedikit kesabaran.

Apa yang perlu anda lakukan sebelum memakai bulu mata palsu adalah:

1. Kelengkapan Yang Perlu Ada

Bulu mata palsu, ‘eyeliner' cair berwarna hitam, gam bulu mata palsu, penyepit bulu mata dan maskara hitam.

2.Cuba Sesuaikan Ukuran Bulu Mata Palsu

Ukur terlebih dahulu panjang bulu mata yang sesuai. Caranya, cuba rapatkan bulu mata palsu pada bahagian kelopak mata. Jika panjang bulu mata palsu melebihi kelopak mata, gunting!

3. Cara Mekap Mata

Sebaiknya aplikasikan ‘eyeshadow' dan ‘eyeliner' sebelum anda memasang bulu mata palsu. Ini adalah kerana serbuk ‘eyeshadow' dan ‘eyeliner' tersebut boleh mengurangkan daya lekat  gam bulu mata palsu.

4. Gam Bulu Mata Palsu

Sapu gam ke bahagian sisi kelopak mata bulu mata palsu. Hindari terlalu banyak menggunkan gam tersebut. Hati-hati sewaktu anda mengaplikasikannya agar gam tersebut tidak melekat pada helaian bulu mata palsu.

5. Lekatkan Pada Mata

Sebelum melekatkannya, sepit bulu mata anda terlebih dahulu. Kemudian lekatkan bulu mata palsu pada bahagian kelopak mata yang sesuai dengan arah tumbuhnya bulu mata. Lakukan dengan menggunakan bantuan penyepit bulu mata. Rapikan agar bulu mata kelihatan semulajadi dan biarkan selama 30 saat sehingga ia kering.

6. Sempurnakan Cara Mekap Mata

Setelah bulu mata palsu melekat sempurna, gunakan maskara supaya bulu mata tersebut kelihatan lebih lentik. Gunakan ‘eyeliner' cair pada garis atas bulu mata untuk menutupi warna gam. Ia akan membuatkan bulu mata palsu tersebut nampak menyatu dan lebih asli. Mulakan dari arah luar ke dalam.

Selain itu, elakkan mata daripada berkedip ketika anda mengenakan maskara kerana ia boleh membuatkan ketebalan maskara menjadi tidak sekata. Selain itu, bulu mata palsu pun boleh tercabut ketika mata berkedip.

Di samping anda menyempurnakan cara mekap mata dan keajaiban bulu mata palsu itu, jangan lupa untuk menambah keserian wajah anda dengan memakai pemerah pipi dan juga lipstik warna natural.

Kredit foto kepada entiteminerals

<<Jom lihat Cara Memakai pemerah pipi di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Harus Bijak Pilih Katering Perkahwinan Yang Sedap & Murah

Next post

10 Tempat Menarik di Perlis Indera Kayangan Yang Wajib Anda Kunjungi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *