CantikDiet

Wajib Cuba! Cara Diet Mudah Tanpa Perlu Bersenam

Diet Tanpa Bersenam - Woman Online Magazine

Kredit: personaltrainerreading

Cara Diet Mudah. Macam mana tu? Tips ini khas buat anda yang nak kurus, tapi kurang rajin untuk bersenam. Sekalipun anda tahu, jika kedua aktiviti itu digandingkan bersama, hasilnya lebih signifikan, namun anda tetap punya banyak alasan ‘malas’ untuk bersenam!

Berikut adalah beberapa cara diet mudah tanpa bersenam yang boleh anda praktik. Anda wajar menjaga berat badan walaupun anda jenis yang malas bersenam.

 

  1. Minum Air Masak Secukupnya

Minum air masak yang mencukupi memang digalakkan, tak kira anda sedang berdiet ataupun tidak. Ramai di antara kita yang salah anggap terhadap signal haus yang diberikan oleh tubuh.Biasanya ketika tubuh memberikan signal halus, ramai di antara kita yang menikmati makanan. Akibatnya, kita akan rasa senak perut atau tidak selesa selepas makan. Jadi, sebab itulah kita perlu mengamati signal-signal yang diberikan oleh tubuh, sama ada signal haus atau lapar.Anda disarankan minum air masak sebanyak dua liter pada setiap hari. Banyak minum air masak, bermakna banyak juga garam yang dikeluarkan sama ada melalui peluh ataupun air kencing, sehingga berat badan anda akan turun.

 

  1. Rehat & Tidur Yang Cukup

Rehat dan tidur yang cukup mempunyai 1001 kebaikan buat tubuh, salah satunya menjaga berat badan anda. Kurang tidur boleh mengundang beberapa masalah pada tubuh. Ketika tidur, sebenarnya sedang terjadi proses pembakaran kalori, sehingga mampu menurunkan berat badan anda. Jika mahu mendapatkan berat badan yang ideal, dapatkan rehat serta tidur yang mencukupi. Paling penting, hentikan sikap anda yang suka ‘mengunyah’ pada malam hari.

 

  1. Kawal Stress

Jangan tak tahu, banyaknya lemak yang berkumpul di perut anda bukan kerana masalah makanan atau gaya hidup sahaja, namun boleh disebabkan oleh perasaan stress. Jadi, cubalah kawal stress anda supaya anda dapat menurunkan berat badan. Penurunan berat badan sebenarnya bukan suatu masalah jika anda dapat menagawal stress anda. Bahkan, jangan jadikan diet ini sebagai punca stress anda.

 

  1. Biarkan Diri Rasa Dicintai

Biarkan hari-hari anda penuh dengan kasih sayang dan kegembiraan. Ini adalah kerana ketika anda berasa bahagia dan dicintai, secara automatik tubuh akan melepaskan hormon-hormon yang mampu membuatkan tubuh akan memperbaiki diri. Regenerasi sel-sel yang terjadi di dalam tubuh anda juga tidak akan mengalami gangguan.

<< Ketahui cara bakar lemak dengan cepat di sini.

 

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Pakai Concealer Yang Tepat Mampu Buat Wajah Anda Nampak Lebih Bermaya Dan Cantik

Next post

Ketahui Cara Merawat Bibir Yang Betul

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *