CantikKulit

13 Cara Paling Berkesan Rawat Kulit Kering

CARA ATASI KULIT KERING - WOMEN ONLINE MAGAZINE

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Kulit merupakan elemen penting dalam penampilan. Apa kata hari ini anda dapatkan tip cara atasi kulit kering  di sini..

Disebabkan efek buruk daripada masalah kulit kering ini penampilan kulit anda nampak tua, sedangkan usia anda masih muda!

Banyak faktor yang menyebabkan kulit kering walaupun sudah disapu kering pelembab. Antaranya perubahan cuaca, pemilihan produk kecantikan yang tidak tepat, terkena sinaran matahari dan sebagainya.

Jika anda merasakan kulit anda kelihatan lebih tua daripada usia sebenar, cubalah tips  berikut. Hindari apa sahaja yang boleh membuatkan kulit menjadi kering supaya anda selalu kelihatan awet muda.

Cara mengatasi kulit kering dan bersisik:

1) Jangan berendam terlalu lama di dalam air.

2) Jangan gunakan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk untuk mandi.

3) Jangan terlalu kerap mencuci muka.

4) Gunakan selalu pelembab setelah membasuh muka. Jika kulit terasa tegang atau perit, bermakna ia memerlukan pelembab. Pilih pelembab yang tidak menyumbat liang pori-pori dan membuatkan kulit nampak kusam. Pelembab yang bagus tidak meninggalkan kesan berminyak setelah dipakai.

5) Basuh pembersih muka sehingga bersih kerana lapisan sabun yang melekat di kulit boleh menyebabkan kekeringan pada kulit. Pilihlah pembersih muka dengan formula lembut.

6) Selalu sapukan losyen selepas mandi untuk menjaga kelembapan kulit.

7) Untuk menghindari dehidrasi yang menyebabkan kulit kelihatan kering dan berkedut, sebaiknya perbanyakkan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas  sehari serta pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi.

8) Hindari terlalu banyak terdedah kepada alat penghawa dingin dan sinaran matahari.

9) Untuk melindungi kulit telapak tangan, gunakan sarung tangan atau pelindung tangan jika bersentuhan dengan ‘detergent’.

10) Bersenam akan menambah pengaliran darah sehingga dapat menyokong nutrient ke kulit.

11) Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya, sekurang-kurangnya 8 jam pada waktu malam. Tidur sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit.

12) Makan makanan yang berkualiti. Elakkan mengambil makanan yang berkanji, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek-kerepek secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada masalah kulit kering.

13) Jauhi pengambilan alkohol dan rokok kerana ia merupakan punca utama yang menjadikan kulit bertambah kering.

Kredit foto kepada lipstiq

<< Jom dapatkan tips elak wajah kusam tidak bermaya di halaman seterusnya di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Bahaya Di sebalik Cantiknya Kasut Tumit Tinggi!

Next post

Tips Hilang Nafas Berbau Ketika Berpuasa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. May 11, 2015 at 9:21 pm — Reply

    kulit kering boleh menyebabkan kulit cepat berkedut. Jadi jangan biarkan kulit wajah kita menjadi kering.

  2. June 18, 2019 at 4:33 pm — Reply

    ingatkan kulit berminyak je yg banyak masalah dan susah nak jaga. rupanya kulit kering pun sama.

Leave a Reply to Mohd Khairil Azhan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *