CantikRambut

5 Cara Mengatasi Masalah Rambut Kelemumur

atasi rambut kelemumur - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Rambut Kelemumur. Anda menghadapi masalah rambut kelemumur yang sangat menganggu?

Rambut kelemumur adalah pengelupasan berlebihan sel-sel kulit mati dari kulit kepala. Kelumumur bukan organisma seperti kutu tetapi sel-sel kulit mati dan mengelupas adalah perkara biasa dan normal.

Tetapi pada sesetengah orang ia menjadi berlebihan. Apabila disertakan dengan kemerahan, kelemumur boleh menjadi gejala ‘seborrheic dermatitis’ atau ‘psoriasis’.

  • Seborrheic dermatitis (gatal-gatal, kulit kepala berminyak) – punca biasa menyebabkan kelemumur. Ia kelihatan merah, kulit kepala berminyak diselaputi keruping putih atau kuning.
  • Seborrheic dermatitis juga boleh berlaku dari usia bayi dilahirkan (ruam lampin) dan beransur hilang pada usia satu tahun.
  • Psoriasis – Masalah kulit berpunca daripada pengumpulan sel kulit mati yang menghasilkan keruping berwarna perak. Ia biasa berlaku di lutut, siku tetapi boleh juga berlaku pada kulit kepala.

 

Kelemumur juga kadangkala mendatangkan kegatalan di kulit kepala dan apabila kita menggaru maka kepingan-kepingan sel kulit mati itu akan menjadi serpihan yang timbul di permukaan rambut.

Bagi yang bertudung, kelemumur sering terjadi bila mana kita membasuh rambut dan tidak sempat kering maka terus memakai tudung dan kesannya kelemumur mula naik dan gatal walaupun kita mempunyai kulit kepala berminyak.

 

Punca terjadinya Rambut Kelemumur ini antaranya ialah:

1. Berpeluh

Jika anda bersenam dengan kerap atau anda mengalami peluh yang berlebihan, ia juga boleh menyebabkan kelemumur terutamanya jika anda tidak mencuci sekerap seperti yang sepatutnya.

 

Baca Juga: Kulit Kepala Kering

 

2. Kulat pada kepala

Beberapa jenis kelemumur juga dipercayai disebabkan oleh kulat pada kulit kepala. Kerana kulat ini tidak boleh dihapuskan sepenuhnya maka kelemumur juga tidak boleh mati keluar sepenuhnya, hanya boleh dikawal.

 

3. Faktor-faktor lain

Termasuklah cuaca sejuk, penggunaan semburan dan minyak rambut, syampu yang tidak sesuai, tidak membilas rambut dengan bersih setelah bersyampu, jarang membasuh rambut, corak pemakanan, tekanan perasaan dan gangguan hormon.

 

Baca Juga: Masalah Rambut Berbau

 

Untuk mengatasi masalah rambut kelemumur secara semulajadi mahupun rawatan moden itu terpulang kepada yang berkemampuan, di bawah ini adalah cara untuk anda lakukan di rumah. Selamat mencuba!

*  Cuka putih

Cuka putih adalah ubat yang sangat baik untuk kelemumur. Campurkan 1 cawan cuka dan air. Selepas itu, bilas rambut menggunakan campuran cuka tadi. Kemudian anda bilas rambut sekali lagi dengan air bersih.

 

*  Serbuk Penaik

Ambil sedikit serbuk penaik dan gosok pada kulit kepala anda. Kemudian bilas dengan bersih sehingga rambut anda bersih dari bekas serbuk penaik. Lakukan 3 kali seminggu untuk hasil yang baik.

 

* Lemon

Ambil ½ cawan kecil jus limau dan lumurkan ke atas kulit kepala anda. Selepas itu, urutkan rambut anda dengan menyiram air sedikit demi sedikit. Kemudian bilas menggunakan air bersih.

Rambut anda akan kelihatan segar dan juga wangi kesan perahan limau yang digunakan. Lakukan beberapa kali untuk hasil yang berkesan.

 

*  Garam

Ambil sedikit garam untuk mencuci rambut kelemumur anda dengan cara menaburkan garam dan gosok perlahan-lahan pada kulit kepala anda. Biarkan selama 3 minit kemudian bilas dengan air bersih. Selepas itu, anda boleh mencuci menggunakan syampu.

 

Baca Juga: Manfaat Air Garam

 

* Santan

Campurkan ½ cawan santan, 1 cawan jus nanas, jus limau dan ½ cawan air kelapa. Kacau campuran air ini hingga sebati dan gunakan untuk mencuci rambut anda seminggu sekali. Bersihkan dengan syampu setiap kali anda melakukan rawatan ini.

 

Nota Kaki: Jom SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang mengalami masalah kelemumur.

<< Jom ketahui lebih lanjut mengenai cara menjaga rambut bertudung disini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

7 Cara Terbaik Dan Lebih Berkesan Menangani Stress

Next post

Resepi Ikan Masak Kicap Citarasa Malaysia

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *