CantikKewanitaanSihatWanita

Tuala Wanita Buat Vagina Gatal Dan Melecet

tuala wanita - women online magazine (2)

Kredit Foto: centerforchange

Tuala Wanita. Rasa gatal serta kesan melecet disebabkan ‘pad’ atau tuala wanita sering dialami oleh ramai wanita.

Kulit wanita mempunyai tahap sensitif yang berbeza-beza pada setiap orang, terutamanya kulit vagina. Penggunaan tuala wania ketika datang haid yang salah boleh menyebabkan rasa gatal serta menimbulkan kesan melecet di sekitar vagina.

Jika keadaan ini terus anda biarkan, tidak mustahil ia akan menjadi bertambah teruk atau parah. Anda mungkin akan berasa panas, gatal yang tidak terhingga di sekitar bahagian alat sulit anda.

 

Baca Juga: Kuasa Alat Sulit Wanita

 

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah ini, anda haruslah lebih bijak dalam memilih tuala wanita. Gunakan tuala wanita yang ideal, iaitu yang mempunyai kapasiti menyerap lebih cepat, tidak mengandungi pewangi dan permukaannya sangat lembut.

Terdapat pelbagai jenis tuala wanita yang dijual di pasaran, termasuk jenis herba.  Biarpun tuala wanita tersebut jenis herba, namun jika ia tidak sesuai dengan kulit vagina anda, keadaan tetap akan sama. Anda tetap akan mengalami masalah gatal serta melecet pada kulit vagina.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang, cuba kenali terlebih dahulu gejala dan masalah yang terjadi pada kulit vagina anda. Cara ini akan membantu anda mengenalpasti tuala wanita yang sesuai dan selesa untuk digunakan. Jika tahap kegatalan vagina anda tidak berkurangan, anda perlu mendapatkan rawatan doktor.

Jangan dibiarkan, kerana ia akan mendatangkan bakteria dan virus. Sekiranya bakteria dan virus masuk ke dalam vagina, anda akan berhadapan pula dengan masalah organ peranakan anda. Ia boleh menganggu kesuburan serta melambatkan proses kehamilan anda.

 

Baca Juga: Punca Senggugut

 

Sebagai wanita, anda disarankan agar selalu menjaga kebersihan alat sulit untuk menghindari bakteria jahat dan virus masuk ke dalam vagina. Datang haid merupakan masa di mana vagina dalam keadaan yang sangat lembab, jadi anda perlu lebih peka  untuk menjaga kebersihannya.

Pastikan anda menukar tuala wanita anda, paling kurang empat jam sekali sehingga anda boleh menghindari daripada rasa gatal dan melecet pada vagina ketika datang haid.

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Payudara besar sebelah merupakan tanda awal kanser? Ketahui lebih lanjut di sini.

 

 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

5 Khasiat Lobak Merah

Next post

Ketahui Cara Berkesan Hapuskan Kutu Rambut

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *