CantikKewanitaanSihat

Jangan Buat Tak Tahu, Ancaman Penyakit Kelamin Ini Boleh Menyerang Anda!

Alat Sulit Wanita - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Jangan buat pasal, jika anda salah merawat vagina ia boleh menimbulkan efek buruk!’

Ternyata pengetahuan yang betul dalam merawat vagina boleh membantu vagina atau alat sulit wanita menjadi sihat.  Sebagai wanita, anda harus bijak menjaga kebersihannya supaya “alat sulit wanita” milik anda ini  tidak mudah diserang penyakit kelamin. Apatah lagi, penyakit kelamin ini lebih mudah menyerang kaum wanita berbanding lelaki. Ini adalah kerana kedudukan alat sulit wanita yang menyorok ke dalam dan cenderung lembap.

Selain itu, anda juga harus tahu, melakukan hubungan seks dengan bertukar-tukar pasangan serta tidak tahu tentang melakukan hubungan seks yang selamat adalah faktor utama yang menyebabkan terjadinya penyakit kelamin.

Berikut masalah kesihatan yang paling biasa menyerang alat sulit wanita:

1.Masalah Seksual

Masalah kelamin wanita yang berkaitan dengan urusan seksual antara lainnya ialah rasa pedih di vagina, sepanjang melakukan hubungan seks atau selepas melakukannya. Juga rasa pedih ketika waktu subur yang boleh disebabkan oleh rasa kejang yang tidak terkawal dari otot-otot dinding vagina.

2. Infeksi Menular Seksual

Pelbagai infeksi menular seksual yang boleh mempengaruhi vagina, termasuk ketuat kelamin, sifilis dan herpes genital. Tanda  gejala mungkin termasuk keputihan abnormal atau luka genital.

3.Prolaps Rahim

Jika ligament penyokong dan jaringan pengikat yang memegang rahim yang berada di tempatnya menjadi lemah, rahim, kandungan air kencing atau rectum mungkin tergelincir ke dalam vagina (prolapse rahim). Akibatnya, vagina juga akan tertarik ke bawah.

4.Vaginitis

Infeksi pada vagina biasanya menyebabkan keluarnya cairan dari vagina yang berbau serta rasa yang tidak selesa.

Suatu infeksi atau perubahan atau keseimbangan normal bakteria vagina dapat menyebabkan peradangan vagina atau ‘vaginitis’.  Tanda-tanda lain, antaranya keputihan, berbau, gatal dan rasa pedih atau panas di vagina.

Jenis-jenis vaginitis iaitu vaginosis bakertia, yang disebabkan pertumbuhan berlebihan salah satu daripada beberapa organisme yang biasanya ada dalam vagina, infeksi kulat, yang biasanya disebabkan oleh kulat semulajadi  iaitu ‘candida albicans’, dan ‘trikomoniasis’ yang disebabkan oleh parasit dan sering ditularkan oleh hubungan seks.

5. Penyakit dan Jangkitan Lain

Kanser vagina boleh boleh menyebabkan rasa sakit ketika anda melakukan hubungan seks atau membuatkan anda sukar untuk memasukkan tampon. Ada juga penyakit kanser vagina, yang ditandai dengan muncul gejala pendarahan vagina setelah menopause atau melakukan hubungan seks.

Selain itu,  penyakit kutu kelamin dan kutu di bawah  kulit. Kutu kelamin sangat kecil, berawrna kelabu kecoklatan, berada di rambut kemaluan alat sulit wanita. Manakala kutu di bawah kulit pula, saiznnya lebih kecil daripada kutu kelain dan menetap di bawah kulut. Ia menyebabkan luka-luka kecil dan rasa gatal di seluruh tubuh.

Info Ekstra!

Tips Menjaga Dan Merawat Alat Sulit Wanita Agar Tetap Bersih Dan Sihat:

1.Jaga Kebersihan Alat Sulit Wanita

Pastikan setelah membuang air kecil atau besar, cuci bahagian luar alat sulit anda itu dengan air dan sabun. Siramlah dengan air dari arah depan ke belakang, dan bukan sebaliknya. Perkara ini dapat mencegah kemasukkan kuman dari dubur ke vagina.

2. Jika Menggunakan Tanda Awam

Siramlah sebelum mengggunakan(flushing), untuk mencegah penularan jika anda pengguna lain yang penderita penyakit kelamin. Sebaiknya, gunakan air dari paip atau tisu basah. Hindari penggunaan  air tadahan daripada baldi atau tong air, kerana air yang bertakung tersebut biasanya mengandungi 70% kulat ancida albicans, yang menyebabkan keputihan dan rasa gatal pada vagina.

3. Merawat Bulu Yang Tumbuh Di Sekitar Alat Sulit Wanita

Hindari membersihkan bulu di kawasan kemaluan dengan cara mencabut kerana akan wujud lubang pada bekas bulu tersebut. Ia boleh menjadi jalan masuk kepada bakteria, kuman dan kulat. Bahkan ia juga boleh menimbulkan iritasi dan penyakit kulit.

Merawat bulu kemaluan yang disarankan ialah dnegan merapikan sahaja, iaitu memendekkannya. Sama ada dengan menggunakan alat pencukur atau gunting khas. Sebelum anda mencukur bulu tersebut, gunakan sedikit buih sabun untuk melancarkan proses bercukur. Pastikan pisau pencukur yang digunakan dibasuh bersih dan setelah menggunakannya simpan di tempat yang bersih dan kering. Jangan letak di tempat yang lembab dan jangan menggunakan secara perkongsian , walaupun dengan suami anda sendiri.

Bulu-bulu atau rambut-rambut tersebut berfungsi untuk menjaga kesihatan alat sulit, ia berguna untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik yang melawan bakteria jahat serta menghalang kemasukkan benda-benda kecil ke dalam vagina. Malahan, ia juga menjaga alat sulit anda itu supaya tetap ‘steady’ dan merupakan ‘bantal empuk’ ketika anda melakukan hubungan seks serta melindunginya daripada gesekan tersebut. Anda perlu rajin menjaga alat sulit agar tidak menjadi sarang kutu dan kulat.

4. Jaga Kebersihan Pakaian Dalam

Dalam sehari, sebaiknya anda bertukar pakaian dalam sebanyak dua kali untuk menjaga kebersihan. Selain itu, pilihlah material seluar dalam yang boleh menyerap peluh, jika tidak, kulat boleh menempel pada alat sulit anda. Jangan sesekali bertukar seluar dalam atau berkongsinya dengan orang lain, kerana setiap orang mempunyai keadaan atau tahap kesihatan alat sulit yang berbeza-beza.  Pastikan juga, adna tidak menggunakan seluar dalam atau jeans yang terlalu ketat.

5. Pemakaian Pantyliner

Pemakaian pantyliner tidak digalakkan diguna pada setiap hari. Sebaiknya, pakai apabila keputihan berlaku. Lebih baik jika ada bawa seluar dalam pengganti daripada menggunakan pantyliner pada setiap hari.

6. Jangan Sembur Minyak Wangi Atau Bedak Di Vagina

Vagina mempunyai tahap keasaman tersendiri. Sebaiknya ia tidak dirosakan oleh kemasukkan cecair yang mengandungi bahan-bahan kimia yang idak sesuai di permukaan atau di dalam vagina. Jika alat sulit wanita anda berbau tidak sedap, anda harus memperbaiki cara merawat dan membersihkannya. Dan bukanya dengan cara menyembur minyak wangi, losen dan sebagainya.

<< Jom dapatkan tips elakkan serangan kutu kelamin 

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

TRADEC’14 Excellence Award Asah Kemahiran Pelajar Dalam Perniagaan

Next post

Badan Anak Anda Berbau? Tolong Ambil Tahu Cara Untuk Mengatasinya!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *