CantikKulit

Kalau Tak Nak Jerawat Tumbuh, Ikuti 6 Langkah Mudah

Cara Hilangkan Jerawat - women online magazine

Walaupun anda sudah mencuci muka, bukan bermakna kulit wajah anda bebas daripada jerawat.

Tanpa anda sedari, disebabkan beberapa kesalahan yang anda lakukan ketika membersihkan wajah, jerawat boleh tumbuh atau terus membuatkan ia menjadi semakin parah.Beberapa teknik membersihkan wajah yang betul, boleh anda praktik. Ia adalah salah satu cara hilangkan jerawat paling cepat dan efektif jika anda amalkannya secara rutin. Meskipun ia mungkin anda anggap remeh-temeh, tetapi cara ini memberikan keuntungan buat kulih wajah anda. Selain bersih, wajah anda juga menjadi lebih cerah dan cara untuk hilangkan jerawat juga menjadi lebih cepat.

Berikut beberapa kesalahan yang biasa anda lakukan ketika mencuci wajah. Jom, semak!

1.Tak Jaga Kebersihan Tangan

Salah satu kesalahan yang kerap terjadi ketika membersihkan wajah ialah anda tidak menjaga kebersihan tangan. Anda membiarkan tangan anda berada dalam keadaan kotor. Jika anda tidak mencuci tangan sebelum membersihkan wajah, ini bermakna anda juga tidak mencuci wajah anda sebersih-bersihnya. Dengan keadaan tangan anda yang kotor, segala kotoran, minyak dan bakteria di tangan dengan mudah boleh berpindah ke wajah anda. Oleh sebab itu, mencuci tangan terlebih dahulu adalah perkara penting yang harus anda lakukan ketika membersihkan wajah.

2. Salah Pilih Pembersih Muka

Cara hilangkan jerawat paling mudah ialah anda harus gunakan pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kesalahan yang kerap dilakukan oleh ramai wanita adalah menggunakan pembersih muka yang tidak sesuai dengan jenis kulitya. Bahkan, masih ramai yang tidak tahu apa jenis kulit wajah dan masih menggunakan pembersih muka yang salah.

Untuk kulit wajah yang kering, ada baiknya anda gunakan pembersih yang mengandungi krim. Manakala pembersih muka yang mengandungi gel atau berbuih sesuai buat kulit wajah yang berminyak. Selain mengenali jenis kulit anda sendiri, ada juga perlu perhatikan efek kulit anda setelah dibersihkan.  Jika kulit terasa kering dan berasa tidak bersih setelah anda mencuci wajah, mungkin anda perlu bertukar kepada pembersih wajah yang lain.

3. Proses Pengelupasan Kulit Yang Kerap

Eksfoliasi atau pengelupasan kulit merupakan perawatan kulit yang tidak boleh diabaikan dan ia termasuk juga dalam cara untuk hilangkan jerawat. Tetapi, jangan terlalu kerap melakukannya. Jika terlalu kerap, kulit boleh teriritasi dan membuatkan minyak semulajadi kulit terlalu banyak terangkat sehingga mengundang kekeringan.

Bagi anda yang jarang melakukan pengelupasan wajah, harus beri perhatian.  Ia akan membuatkan wajah menjadi kotor dan kasar kerana sel kulit mati terlalu banyak menimbun.  Pengelupasan yang sebaiknya dilakukan sekali ataupun dua kali dalam seminggu. Malam hari adalah waktu yang paling ideal untuk proses pengelupasan kulit, kerana pada malam hari kulit anda akan menghasilkan sel-sel kulit baru.

4. Terlalu Kerap Mencuci Wajah

Apa sahaja jenis kulit anda, membersihkan wajah terlalu kerap juga adalah perkara yang tidak baik untuk kulit wajah. Selain boleh merosakan wajah, mencuci muka terlalu kerap juga boleh membuatkan kulit iritasi dan kering. Bagi anda yang memiliki wajah jenis berminya, kulit boleh menjadi semakin banyak minyak akibat terlalu kerap anda membersihkannya. Sebaiknya, bersihkan wajah dua kali sehari. Tetapi, jika anda bersukan, cara hilangkan jerawat, tentu sahaja anda perlu membersihkan wajah lebih daripada dua kali.

5. Bilasan Yang Kurang Bersih

Setiapkali  anda mencuci muka, pastikan anda telah membersih dan membilasnya dengan  bersih. Menghilangkan sabun pada kulit dapa mengeringkan dan iritasi wajah. Sama juga jika anda mengggunakan tisu mekap untuk menghilangkan sisa-sisa kotoran mekap. Walaupun cara sebegini nampak mudah, tetapi tahukan anda kulit masih tetap perlu dibilas bersih untuk menanggalkan sisa-sisa solekan yang masih melekat itu.

6.  Guna Air Suam Atau Air Sejuk?

Suhu air yang terbaik untuk membersihkan wajah ialah air suam. Namun, jika anda menggunakannya terlalu panas ia boleh menggeringkan kulit. Manakala air yang terlalu sejuk pula boleh merosakkan pembuluh kapiler pada wajah.

Kredit foto: acnescarremovalz

<< Ketahui cara untuk menyelesaikan masalah muka hitam dan nampak berjerawat ketika hamil di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Biar Muka Tak Berapa Cantik, Asalkan Gigi Putih, Bersih & Menawan

Next post

Kenapa Mesti Gugurkan Kandungan Secara Haram?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *