CantikSolekan

Ketahui 5 Fungsi Concealer Yang Mampu Buat Penampilan Wajah Lebih Memukau

Fungsi Concealer - Woman Online Magazine

Kredit: livebeautytips

Fungsi Concealer. Apa yang anda tahu tentang fungsi concealer yang sebenarnya. Tak tahu? Semak di sini…

Concealer boleh digunakan untuk menutupi ataupun menyamarkan noda-noda di wajah, bintik-bintik hitam ataupun jerawat, urat-urat serta lingkaran hitam di kawasan mata. Concealer mempunyai komposisi yang lebih padat daripada foundation ataupun alas bedak yang biasa. Terdapat dalam pelbagai jenis dan bentuk, antaranya krim,liquid dan stick.

 

Berikut beberapa fungsi concealer:

 

1.Mata Jadi Lebih Segar

Sapukan concealer dengan warna satu tingkat yang lebih terang pada sudut bahagian mata dalam bawah mata supaya kelihatan lebih cerah. Untuk mendapatkan hasil yang lebih mengagumkan, anda cuba campurkan concealer dengan highlighter, kemudian aplikasikan di bawah mata yang berwarna gelap.Selain itu, concealer juga mempunyai beberapa jenis warna iaitu ungu dan hijau. Warna-warna tersebut mempunyai fungsi masing-masing dan dengan penggunaan warna yang tepat ia boleh menutup segala cacat cela di wajah anda.

 

2. Memancungkan Hidung (Dengan Teknik Shading)

Sapukan concealer dengan warna satu tingkat lebih gelap pada bahagian dagu bawah untuk memberikan kesan dramatic. Kemudian tambahkan juga di bawah tulang pipi untuk memberikan efek dimensi dan memanjang di bahagian luar hidung agar hidung kelihatan lebih mancung. Selain itu, dengan teknik shading ini wajah anda juga boleh kelihatan lebih tirus.

 

3. Merapikan Kening

Untuk mendapatkan kening yang lebih bersih dan kemas, sapukan concealer berwarna satu tingkat lebih cerah, di bawah kening bahagian bawah dan di atas kening bahagian atas.

 

4. Bibir Lebih Bervolume Dan Lipstik Lebih Kemas

Sapukan concealer berwarna cerah satu tingkat lebih cerah daripada warna kulit anda di sepanjang garisan bibir untuk menambah bentuknya. Bibir anda akan kelihatan lebih penuh dan warna lipstik juga nampak kemas terutama apabila anda memakai lipstik berawrna terang seperti merah dan pink terang.

 

5. Lipstik Dan Eyeshadow Nampak Lebih ‘Hidup’ Serta Tahan Lama

Sapukan concealer pada bibir sebelum anda memakai lipstik. Hasilnya lipstik tahan lama dan warnanya pun lebih vibrant. Begitu juga dengan eyeshadow, warnanya akan jadi lebih hidup serta tahan lama . Jadi, pastikan sebelum anda memakai eyeshadow, sapukan concealer terlebih dahulu.

<< Ketahui cara mekap untuk kulit gelap di sini.

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Cara Penjagaan Muka Yang Betul Dan Perlu Anda Ketahui

Next post

Ketahui Punca Terjadinya Bintik Hitam Di Wajah

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *