CantikSolekan

Kena Tiru! 5 Cara Solekan Asas Buat Anda Tampil Lebih Cun

(Gambar ini hanya sebagai hiasan sahaja)

Kredit Foto: girlssecretroom

Cara Solekan Asas. Nak nampak muka anda sentiasa kekal cantik? Ketahui cara solekan yang boleh buat anda menjadi super cantik.

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan dan hubungannya cukup sinonim bagai isi dengan kuku. Khusus buat anda, terdapat lima idea yang boleh ditiru supaya selepas ini  anda boleh jadi super cantik!

1. Asas mekap

Sebelum memulakan langkah solekan, langkah pertama yang perlu kamu lakukan ialah dengan penyembur primer atau tekapkan tisu basah pada wajah yang bertujuan untuk membantu kulit wajah agar kelihatan lebih sekata dan mencantikkan bedak asas.

2. Selamat Tinggal Krim Bb!

Krim Bb adalah sejenis krim pelindung wajah. Jika sebelum ini ramai yang obses dengan krim Bb. Jom tukar kepada krim Cc pula, ia dikenali sebagai ‘colour correcting’ atau pembetulan rona yang menghasilkan tona yang lebih sekata dengan kulit.

Nota: Tekstur krim Cc lebih ringan dari krim Bb

Baca Juga: Kegunaan BB Cream

3. Berus dan Mekap

Sebelum mengenakan mekap, perkara terawal yang perlu kamu tahu ialah jenis berus yang akan anda gunakan untuk mengaplikasikan solekan. Misalnya ialah ‘fan brush’ yang lazimnya berfungsi sebagai berus untuk menyingkirkan lebihan bedak. (berbentuk kipas kertas)

4. Kanta Lekap

Selain menggantikan cermin mata, penggunaan kanta lekap juga boleh digunakan sebagai salah satu idea cantik. Untuk gadis Asia, mungkin penggunaan kanta lekap warna hijau atau biru kurang sesuai. Pilihan warna semulajadi seperti coklat cair dan hazel adalah tebaik.

Baca Juga: Bahaya Kanta Lekap

5. Bersihkan Lipstik

Lebihan lipstik pada bibir boleh disapu dengan mengunakan bedak asas cair agar tona kelihatan sama. Elakkan daripada menggunakan tisu kerana sapuan tisu boleh menyebabkan lipstik tersebut ‘terkeluar’ daripada bibir.

Mungkin ada di antara idea-idea di atas pernah anda lakukan. Jika belum, anda boleh gunakan idea tersebut ketika bermekap dan jangan lupa kongsikan bersama rakan-rakan agar  mereka  turut mengetahuinya.


Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka pun nampak cantik dengan cara solekan asas yang betul.

<< Jom ketahui mengenai solekan natural untuk anda di sini..

Share and Enjoy !

0Shares
0 0 0
Previous post

Ayuh, Raikan Sambutan Hari Orang Kurang Upaya(OKU) 2015

Next post

Nak Buat Apa Dengan Sampah Sarap Yang Kotor Dan Menimbun?

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *